Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Ketua pengarah, pengarah jabatan direman, disyaki seleweng dana RM900,000
  • MAHKAMAH

Ketua pengarah, pengarah jabatan direman, disyaki seleweng dana RM900,000

Utusan Sarawak 5 hours ago
SEORANG ketua pengarah dan pengarah jabatan kerajaan direman lima hari bermula hari ini kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana kira-kira RM900,000. Majistret Ezrene Zakariah mengeluarkan perintah reman itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang ketua pengarah dan pengarah jabatan kerajaan direman lima hari bermula hari ini kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana kira-kira RM900,000.

Majistret Ezrene Zakariah mengeluarkan perintah reman itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.

Menurut sumber, dua suspek lelaki berusia lingkungan 50-an ditahan pada 1.00 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati dua suspek menyalahgunakan kuasa dan kedudukan dengan menggunakan peruntukan kewangan berjumlah kira-kira RM900,000 untuk kepentingan peribadi.

“Dua suspek juga dipercayai mengemukakan tuntutan palsu dan dokumen mengandungi butir matan palsu berjumlah kira-kira RM60,000 untuk menunaikan umrah semasa menghadiri urusan rasmi di Jeddah pada 29 Jan hingga 4 Februari tahun lepas,” katanya kepada Bernama.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 dan Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 serta turut melibatkan Kanun Keseksaan berkaitan menyalahgunakan harta dengan curang dan pecah amanah.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ibu Zara Qairina mohon jadi pihak berkepentingan dalam semakan kehakiman
Next: Empat syarikat didenda RM1 juta di Sibu, miliki diesel tanpa kebenaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.