Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Ibu Zara Qairina mohon jadi pihak berkepentingan dalam semakan kehakiman
  • MAHKAMAH

Ibu Zara Qairina mohon jadi pihak berkepentingan dalam semakan kehakiman

Utusan Sarawak 5 hours ago

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 18 Mac depan untuk mendengar permohonan ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir menjadi pihak berkepentingan dalam semakan kehakiman yang difailkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membatalkan prosiding inkues kematian pelajar tingkatan satu itu.

Hakim Datuk Celestina Stuel Galid menetapkan tarikh berkenaan selepas peguam Shahlan Jufri dan Rizwandean M Borhan memaklumkan mahkamah bahawa mereka telah memfailkan permohonan terbabit pada 23 Disember lepas, bagi pihak ibu Zara iaitu Noraidah Lamat.

Dalam permohonan itu yang disokong oleh afidavit, Noraidah selaku waris terdekat berkata dia mempunyai kepentingan langsung dan ketara dalam prosiding dijalankan serta hasil inkues termasuk penemuannya.

Noraidah menyatakan bahawa pemohon, Presiden Pertubuhan Kebajikan Ekonomi Semangat Bersatu Malaysia (Pembela) tidak mempunyai sebarang kepentingan langsung dalam prosiding inkues dan pembatalan inkues itu akan menjejaskan hak statutorinya untuk memperoleh penyiasatan yang menyeluruh, sah dan sewajarnya mengenai punca kematian.

Pada 21 November 2025, Pembela memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya membatalkan keseluruhan inkues atas alasan ia dijalankan di bawah Kanun Tatacara Jenayah Persekutuan dan bukannya mengikut Ordinan Inkues 1959.

NGO itu berhujah bahawa undang-undang Sabah yang khusus menyediakan jaminan prosedur dan wajar diguna pakai dalam inkues berkenaan serta memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Ordinan Inkues 1959 sebagai undang-undang terpakai dan mengetepikan prosiding yang sedang berlangsung.- Bernama

Continue Reading

Previous: Doktor pelatih didakwa rakam wanita mandi, miliki bahan lucah
Next: Ketua pengarah, pengarah jabatan direman, disyaki seleweng dana RM900,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.