Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Keuntungan bersih Maxis meningkat, cecah RM1.56 bilion bagi TK2025
  • BISNES

Keuntungan bersih Maxis meningkat, cecah RM1.56 bilion bagi TK2025

Utusan Sarawak 5 hours ago

KUALA LUMPUR: Maxis Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi pada RM1.56 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2025 (TK2025), meningkat 11.8 peratus daripada RM1.39 bilion bagi tempoh sama 2024.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat telekomunikasi itu menyifatkan prestasi itu susulan peningkatan pendapatan sebelum faedah, cukai, rosot nilai dan pelunasan (EBITDA) yang bertambah 5.0 peratus bagi tahun ke tahun kepada RM4.33 bilion.

Prestasi itu merupakan antara pencapaian EBITDA tahunan tertinggi syarikat, sekali gus memaparkan keuntungan berterusan susulan hasil daripada pengurusan kos yang berdisiplin, inisiatif pendigitalan serta kecekapan operasi.

Perolehan hasil bagi TK2025 turut meningkat sebanyak 0.9 peratus kepada RM10.63 bilion berbanding RM10.53 bilion dalam tempoh sama sebelumnya.

Selain itu, perolehan hasil perkhidmatan menokok 0.5 peratus tahun ke tahun kepada RM8.91 bilion, disokong oleh prestasi yang konsisten dalam perniagaan pengguna serta pertumbuhan dalam perniagaan perusahaan.

Menurut Maxis, perniagaan pengguna meraih perolehan hasil sebanyak RM7.24 bilion manakala perniagaan perusahaan meningkat sebanyak 3.4 peratus kepada RM1.66 bilion, disumbangkan terutamanya oleh langganan mudah alih dan peningkatan perkhidmatan borong.

Bagi tempoh suku keempat (S4) berakhir pada 31 Disember, 2025, keuntungan bersih meningkat kepada RM380 juta daripada RM321 juta dalam tempoh sama sebelumnya manakala jumlah hasil naik 3.8 peratus kepada RM2.87 bilion daripada RM2.77 bilion dalam S4 2024.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Goh Seow Eng berkata bagi kemajuan masa depan, strategi Maxis adalah untuk mengukuhkan segmen pengguna serta mengembangkan tawaran perusahaan yang melangkaui ketersambungan, termasuk pertumbuhan dalam perniagaan borong.

“Kami membuat pelaburan dalam prasarana rangkaian dan memanfaatkan pendigitalan yang dipacu kecerdasan buatan (AI) bagi memantapkan lagi kecekapan serta memenuhi permintaan di masa depan,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: MOF teliti penggunaan MyKad bagi pembelian minyak masak bersubsidi
Next: Kekayaan taikun Hong Kong melonjak ke paras tertinggi dalam Senarai Forbes 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.