Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Empat premis rokok elektronik diserbu di Miri, produk bernilai RM500,000 disita
  • JENAYAH

Empat premis rokok elektronik diserbu di Miri, produk bernilai RM500,000 disita

Utusan Sarawak 5 hours ago
SERBU… Premis yang diserbu dalam Operasi Bersepadu Mega E-Cigarette yang dilaksanakan hari ini di bawah penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852). Foto IPD Miri

MIRI: Sebanyak empat premis perniagaan yang menjual produk rokok elektronik di sekitar Bandaraya Miri telah diserbu dalam Operasi Bersepadu Mega E-Cigarette yang dilaksanakan hari ini di bawah penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Operasi berkenaan merupakan hasil kerjasama strategik antara Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Miri bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion Ke-12 Miri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Miri dan Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Seramai 30 pegawai penguatkuasa daripada pelbagai agensi telah digerakkan bagi memastikan tindakan penguatkuasaan dijalankan secara menyeluruh dan berkesan.

Menurut kenyataan PKB Miri, operasi tersebut merupakan langkah tegas dan proaktif dalam memperkukuhkan penguatkuasaan Akta 852, khususnya melibatkan penjualan dan pengedaran produk rokok elektronik atau vape.

“Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai jenis produk rokok elektronik disyaki melanggar peruntukan undang-undang telah disita dengan anggaran nilai keseluruhan sitaan berjumlah RM500,000.

“Selain itu, sebanyak tiga notis kesalahan telah dikeluarkan di bawah Seksyen 15(1), Akta 852 atas ketidakpatuhan terhadap keperluan pembungkusan dan pelabelan yang ditetapkan,” kata kenyataan itu hari ini.

SITA… Semua barangan sitaan telah direkodkan dan akan diproses selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. Foto IPD Miri

Sehubungan itu, pihak berkuasa memaklumkan tindakan lanjut termasuk pendakwaan akan dipertimbangkan berdasarkan hasil siasatan yang sedang dijalankan.

Semua barangan sitaan telah direkodkan dan akan diproses selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Operasi serta pemantauan akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa tanpa notis awal bagi memastikan pematuhan sepenuhnya dalam kalangan pengusaha.

PKB Miri menegaskan bahawa tiada kompromi akan diberikan terhadap mana-mana pihak yang melanggar peruntukan Akta 852.

Pengusaha rokok elektronik atau vape diwajibkan mematuhi sepenuhnya semua garis panduan, syarat pelesenan dan peraturan yang telah ditetapkan, kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan tindakan tegas termasuk sitaan, kompaun dan pendakwaan di mahkamah.

Pihak PKB Miri turut menegaskan komitmen berterusan dalam memperkasakan penguatkuasaan demi melindungi kesihatan awam serta membendung penjualan produk rokok elektronik yang tidak mematuhi undang-undang di kawasan Miri.

Oleh Adum Liu

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Warga emas tempatan, lelaki asing ditahan disyaki seludup migran di Lubok Antu
Next: PGA Sarawak rampas peranti, cecair rokok elektronik bernilai RM1.32 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.