Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bantuan Lesen Memandu 2026 DUN Kalaka bakal dilaksana semula, manfaatkan golongan belia
  • Tengah
  • WILAYAH

Bantuan Lesen Memandu 2026 DUN Kalaka bakal dilaksana semula, manfaatkan golongan belia

Utusan Sarawak 7 hours ago
MOHAMAD Duri semasa mengadakan kunjungan kerja ke Pejabat JPJ Cawangan Betong untuk membincangkan cadangan pelaksanaan program berkenaan baru-baru ini. Foto: ADUN Kalaka

BETONG: Program Bantuan Lesen Memandu (BLM) bakal dilaksanakan semula di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka pada tahun ini bagi memenuhi keperluan golongan belia di kawasan berkenaan.

​Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menyatakan komitmen beliau untuk memastikan program tersebut dijayakan memandangkan ramai belia kini telah mencapai usia layak memiliki lesen memandu.

​Beliau menjelaskan bahawa usaha tersebut merupakan langkah proaktif bagi membantu anak muda memiliki dokumen sah, sekali gus memudahkan pergerakan harian mereka secara mengikut undang-undang.

​Kenyataan tersebut diulas beliau selepas mengadakan kunjungan kerja ke Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Betong untuk membincangkan cadangan pelaksanaan program berkenaan baru-baru ini.

​Menurut Mohamad Duri, hasil daripada pertemuan dengan pegawai bertugas memberikan respon yang positif terhadap cadangan penganjuran BLM bagi 2026.

​Beliau menegaskan bahawa pemilikan lesen memandu yang sah adalah sangat mustahak, terutamanya bagi pelajar sekolah menengah yang berusia 16 tahun ke atas untuk ke sekolah.

​Langkah ini bertujuan mendidik golongan muda supaya sentiasa patuh kepada peraturan keselamatan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan oleh pihak JPJ.

​”Ini sangat penting agar keselamatan semasa memandu sentiasa dipatuhi bagi mengelakkan kemalangan daripada berlaku di jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

​Jelas beliau lagi, pemahaman yang mendalam mengenai undang-undang jalan raya adalah kunci utama bagi meminimumkan risiko kemalangan dalam kalangan penunggang motosikal.

​Mengimbas kejayaan lalu, beliau memaklumkan bahawa program serupa pernah dilaksanakan pada 2024 dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Krian dan pihak JPJ.

​Kolaborasi tersebut telah memberi manfaat besar kepada seramai 1,771 peserta yang berjaya lulus dan memperoleh lesen memandu kelas B2 dalam majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Hasbi Habibollah.

​Segala maklumat lanjut mengenai tarikh dan syarat permohonan BLM 2026 akan diumumkan secara rasmi melalui media massa dan laman Facebook rasmi beliau tidak lama lagi.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kanser bukan sekadar isu perubatan, jejas kesejahteraan keluarga dan komuniti
Next: Ops Patuh JPJ Betong periksa 90 kenderaan, pelbagai kesalahan dikesan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.