Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua termasuk pengarah NGO ditahan disyaki seleweng dana awam
  • JENAYAH

Dua termasuk pengarah NGO ditahan disyaki seleweng dana awam

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu, termasuk seorang pengarah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan menyeleweng dana awam berjumlah sekitar RM500,000.

Menurut sumber, dua individu terbabit iaitu seorang lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 40-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, sekitar 4.00 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara 2022 dan 2025.

“Kedua-dua suspek dipercayai telah memperdaya orang awam untuk menyalurkan sumbangan kebajikan dan bantuan kemanusiaan melalui NGO tersebut, sedangkan sumbangan yang diterima tidak disalurkan kepada penerima,” katanya.

Susulan itu, SPRM telah membekukan 13 akaun persendirian termasuk akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Tabung Haji, melibatkan jumlah keseluruhan kira-kira RM2 juta.

Perintah reman empat hari singga 14 Februari ini terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.- Bernama

Continue Reading

Previous: SPRM serah kertas siasatan rasuah e-waste kepada pejabat peguam negara pada Jumaat
Next: SPRM tahan ketua pengarah agensi kerajaan disyaki seleweng dana RM900,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.