Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Doktor pelatih didakwa rakam wanita mandi, miliki bahan lucah
  • MAHKAMAH

Doktor pelatih didakwa rakam wanita mandi, miliki bahan lucah

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan

KUALA KRAI: Seorang doktor pelatih mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua pertuduhan melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita serta memiliki bahan lucah, September tahun lepas.

Tertuduh Ahmad Hilmi Zulkeflee, 26, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amal Razin Alias.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan niat mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan merakam mangsa yang sedang mandi tanpa pengetahuannya menggunakan kamera berwarna hitam miliknya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di bilik mandi, Aras 2, Hospital Sultan Ismail Petra, di sini, sekitar 6.30 pagi pada 13 September 2025.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki beberapa keping gambar dan video lucah yang disimpan dalam telefon bimbitnya di bilik 102, Asrama Pelatih Pegawai Perubatan, hospital sama, sekitar 1.30 tengah hari pada 14 September 2025.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Mazlinda Mohd Nor mencadangkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan, manakala peguam tertuduh Che Mohd Azim Che Hamat memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya masih muda dan ini merupakan kesalahan pertama.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin, selain syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa.

Mahkamah menetapkan 17 Mac untuk sebutan semula kes.- Bernama

Continue Reading

Previous: Jamil Khir akui dengar sendiri Raja Abdullah janji derma kepada Najib, mahkamah diberitahu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.