Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Sarawak 2026 diadakan 17 Februari di BCCK
  • TEMPATAN

Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Sarawak 2026 diadakan 17 Februari di BCCK

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Amar Dr Sim Kui Hian ketika mengadakan sidang media berhubung Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Sarawak 2026 di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. Foto UKAS.

PETRA JAYA: Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Sarawak 2026 dijadual berlangsung pada 17 Februari ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bermula 10.00 pagi hingga 2.00 petang.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, majlis sambutan tahunan itu akan disempurnakan dengan kehadiran Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar selaku Yang di-Pertua Negeri.

Menurut beliau, penganjuran sambutan berkenaan bukan sekadar acara perayaan, malah menjadi wadah penting dalam memperkukuh perpaduan serta memelihara keharmonian antara kaum di negeri ini.

Katanya, keunikan masyarakat majmuk Sarawak yang hidup dalam suasana aman dan saling menghormati perlu terus dipelihara melalui penganjuran program yang bersifat inklusif dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media berhubung penganjuran sambutan tersebut di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengajak orang ramai tanpa mengira latar belakang kaum dan agama untuk hadir memeriahkan sambutan berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap semangat kebersamaan yang menjadi tunjang kekuatan Sarawak.

Turut hadir, Menteri Pengangkutan Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew serta Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Operasi) Datu Hii Chang Kee.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Majlis pembungkusan sumbangsih Tahun Baharu Cina 2026 cerminkan dasar keterangkuman kerajaan Sarawak
Next: Sarawak semak semula kadar sewaan kemudahan sukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.