Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lelaki jatuh sungai di Lutong, operasi SAR dilancar
  • Utara
  • WILAYAH

Lelaki jatuh sungai di Lutong, operasi SAR dilancar

Utusan Sarawak 6 hours ago
SAR..Anggota bomba ketika tiba di lokasi kejadian seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Lutong, Kampung Pangkalan, Jalan Paragon, Lutong dalam kejadian sekitar 1.11 tengah hari tadi.

MIRI: Seorang lelaki berusia 32 tahun dilaporkan terjatuh ke dalam sungai berhampiran Jambatan Lutong, Kampung Pangkalan, Jalan Paragon, Lutong, sekitar 1.11 tengah hari tadi.

Mangsa dikenali sebagai Jackson Dian Bobbry Ganing dan sehingga laporan ini ditulis, masih belum ditemui.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.11 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong digerakkan ke lokasi.

Pasukan diketuai PBKI Iskandar Aus itu tiba pada 1.19 tengah hari dengan kekuatan enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan utiliti.

Komander Operasi, PBKI Mohamad Faizul Ali, berkata setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapatkan maklumat awal daripada polis dan saksi kejadian sebelum melaksanakan Penilaian Keadaan Bahaya (PKB) dan memulakan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di sekitar kawasan sungai berkenaan.

Menurut maklumat awal, mangsa dipercayai mempunyai masalah kesihatan, namun siasatan lanjut masih dijalankan pihak berkuasa.

Operasi SAR sedang giat dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM). Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: PAWE nadi sokongan komuniti warga emas aktif
Next: IPD Lubok Antu perkukuh hubungan komuniti, perkasakan kesedaran jenayah siber

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.