Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lima lorong Kampung Melango Baru dicadang naik taraf, utamakan keselamatan penduduk
  • Tengah
  • WILAYAH

Lima lorong Kampung Melango Baru dicadang naik taraf, utamakan keselamatan penduduk

Utusan Sarawak 5 hours ago
MOHAMAD Duri serta rombongan mengadakan lawatan dan siasatan tapak bagi meninjau cadangan menaik taraf lima jalan lorong dan parit penduduk di Kampung Melango Baru, Saratok kelmarin. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Usaha menaik taraf lima jalan lorong dan sistem perparitan di Kampung Melango Baru dijangka memberi keselesaan serta meningkatkan tahap keselamatan pengguna, khususnya penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, projek naik taraf berkenaan amat penting memandangkan keadaan beberapa lorong yang berlubang dan rosak selain parit yang memerlukan penambahbaikan segera.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan dan siasatan tapak bagi meninjau cadangan menaik taraf lima jalan lorong dan parit penduduk di kampung berkenaan, kelmarin.

Menurutnya, lawatan tersebut bertujuan melihat sendiri keadaan semasa infrastruktur yang dikemukakan dalam permohonan oleh Ketua Kaum Kampung Melango Baru Saratok, Sulong Pawi.

“Saya dan rombongan daripada Pusat Khidmat ADUN N.38 Kalaka telah meninjau kesemua lima lorong yang telah dikemukakan oleh Ketua Kaum Kampung Melango Baru Saratok dalam permohonan untuk menaik taraf kawasan tersebut,” katanya.

Beliau menjelaskan, beberapa laluan didapati mengalami kerosakan ketara yang boleh mengundang risiko kepada pengguna, terutama penunggang motosikal dan warga emas.

Sehubungan itu, Mohamad Duri berkata, pihaknya akan mencadangkan projek naik taraf berkenaan untuk dimasukkan dalam senarai projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi 2027.

“Insya-Allah jalan lorong yang berlubang dan rosak serta parit akan dicadangkan ke dalam senarai projek RTP bagi 2027 bagi tujuan naik taraf,” ujarnya.

Tambah beliau, semoga segala usaha bagi kerja-kerja yang berkaitan projek naik taraf ini akan memberi keselesaan serta meningkatkan keselamatan pengguna khususnya penduduk setempat.

Turut bersama dalam lawatan dan siasatan tapak tersebut ialah Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi; Setiausaha Kehormat PBB Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad; serta Ketua Kaum Kampung Melango Baru, Sulong Pawi.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: JBPM Sarawak lancar Kempen Keselamatan Kebakaran sempena Tahun Baharu Cina di Siburan
Next: Rosey Yunus sampaikan angpau kepada 500 warga emas di Batu Niah, Sepupok dan Bekenu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.