Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek pemuliharaan sungai di Parlimen Sarikei diperkasa, tingkat kualiti alam sekitar
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek pemuliharaan sungai di Parlimen Sarikei diperkasa, tingkat kualiti alam sekitar

Utusan Sarawak 5 hours ago
WONG Soon Mee (kanan) selaku wakil Dato’ Sri Huang Tiong Sii menjalankan lawatan tapak ke beberapa lokasi sungai yang telah dikenal pasti. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei

BINTANGOR: Usaha memelihara kualiti sungai di bawah Parlimen Sarikei diperkukuh menerusi pelaksanaan projek pemuliharaan strategik yang memberi tumpuan kepada kerja pembersihan, pendalaman serta pengukuhan tebing sungai.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, berkata inisiatif tersebut dilaksanakan bagi memastikan kualiti air sungai kekal bersih, selamat dan sesuai digunakan oleh penduduk setempat.

“Projek ini turut bertindak sebagai langkah mitigasi awal dalam mengurangkan risiko banjir, khususnya ketika musim hujan yang sering mengakibatkan limpahan air di beberapa kawasan berisiko.

“Selain memelihara kualiti air sungai, projek ini juga bermatlamat meningkatkan kesedaran komuniti mengenai kepentingan menjaga kebersihan sungai, di samping menyokong pembangunan mampan serta kesejahteraan penduduk setempat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai lawatan tapak yang dijalankan pada semalam bagi penyediaan senarai kuantiti untuk projek kerja-kerja pemuliharaan sungai di Daerah Meradong.

Menurutnya, lawatan tersebut penting bagi memastikan setiap perancangan dan pelaksanaan projek dapat dilaksanakan secara teratur serta mematuhi spesifikasi teknikal yang ditetapkan.

Hadir mewakili beliau dalam lawatan tapak tersebut ialah Wong Soon Mee yang turut disertai oleh Penolong Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarikei.

Antara lokasi yang terlibat dalam projek pemuliharaan ini ialah Sungai Tulai di kawasan Koperasi Tulai dan Jalan Tulai yang merangkumi tiga anak sungai, selain Sungai Binatang di Jalan Chai Hing yang melibatkan satu anak sungai.

Tambahnya, melalui pelaksanaan projek ini, kerajaan berharap usaha pemuliharaan sungai dapat dilaksanakan secara berterusan bagi menjamin keseimbangan alam sekitar, keselamatan penduduk serta kelestarian pembangunan di kawasan Parlimen Sarikei.

Tiong Sii turut menegaskan bahawa komitmen berterusan semua pihak, termasuk agensi pelaksana dan masyarakat setempat amat penting bagi memastikan sungai-sungai di kawasan ini terus terpelihara demi manfaat generasi akan datang.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Kompleks Sukan Mini Selangau RM11.5 juta dijangka siap pada November 2027
Next: Latihan kebakaran tingkat kesedaran pelajar asrama SK Sungai Selidap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.