Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Simposium Pendidikan Lawas 2026 perkukuh hala tuju sekolah di Daerah Lawas
  • PENDIDIKAN

Simposium Pendidikan Lawas 2026 perkukuh hala tuju sekolah di Daerah Lawas

Utusan Sarawak 6 hours ago
BERI PERHATIAN… Seramai 80 guru besar dan pengetua di Daerah Lawas dilihat komited dalam memburu kecemerlangan pendidikan di sekolah masing-masing.

LAWAS: Simposium Pendidikan Lawas 2026, anjuran Persatuan Anak Jati Lawas Miri dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Lawas, menumpukan kepada hala tuju pendidikan di semua sekolah di Daerah Lawas selaras dengan dasar pendidikan negara.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Lawas, Jamadil Kassim, melahirkan rasa syukur kerana dapat menyertai simposium ini bagi berkongsi pengalaman dan memberi input dalam usaha memperkasa pendidikan di peringkat sekolah rendah.

MODAL INSAN… Pengetua SMK Merapok Julkipli Tangah yakin dasar pendidikan negara dan Sarawak mampu lahir modal insan yang berkualiti tinggi.

“Hari ini, kita berkongsi sedikit mengenai pendidikan di Daerah Lawas. Besarlah harapan saya dan semua peserta agar perbincangan ini memberi input serta pengalaman yang berguna dalam usaha memperkasa pendidikan di daerah ini, sejajar dengan aspirasi kita untuk kemenjadian murid pada masa hadapan.

“Moga usaha kita ini membuka peluang untuk terus memacu kecemerlangan pendidikan di Daerah Lawas,” katanya kepada media hari ini.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merapok Lawas, Julkipli Tangah, pula memandang simposium ini sebagai teras penting bagi memastikan dasar pendidikan negara selari dengan dasar pendidikan negeri Sarawak, yang menekankan penguasaan bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Katanya, melalui inisiatif ini ia akan menambah kemahiran dan peluang untuk merebut kekosongan dalam pelbagai sektor pekerjaan yang berkembang banyak di Lawas sekarang ini. 

KEMENJADIAN MURID… Guru besar SK Kuala Lawas Jamadil Kassim memberi perhatian kepada kemenjadian murid di peringkat sekolah rendah.

“Program Dwibahasa (DLP) di Sarawak sebenarnya sangat baik, dan SMK Merapok telah lama melaksanakan program ini.

“Bagi saya, ini satu peluang yang baik untuk diterokai kerana murid-murid dapat menguasai dua bahasa utama, selaras dengan hala tuju Kementerian Pendidikan (KPM).

“Kita berharap anak-anak, terutama di SMK Merapok, memanfaatkan peluang dalam tempoh pendidikan wajib lima tahun ini.

“Lawas kini semakin berkembang dengan pelbagai projek besar, dan kita memerlukan tenaga profesional serta teknikal yang dapat dilahirkan, terutamanya dari SMK Merapok, untuk mengisi keperluan pekerjaan di daerah ini,” katanya lagi.

Simposium itu disertai seramai 80 guru besar dan pengetua dari Daerah Lawas. Para peserta simposium menyifatkan simposium itu satu platform terbaik dalam memperkasa kecemerlangan pendidikan di daerah itu.

KONGSI PENGALAMAN… Pengetua SMK Lawas Abdul Muhsen Anuar (kanan) kelihatan fokus dalam menyulam pengalaman untuk memertabatkan pendidikan di sekolah beliau.

Simposium yang disertai 80 guru besar dan pengetua itu menampilkan empat ceramah, salah satunya dibentangkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Lawas, Pengiran Abdul Kadir Pengiran Budin.

Seterusnya, ceramah kedua disampaikan oleh Pengetua Cemerlang Jusa C Sekolah Menengah Kebangsaan Miri, Ustaz Ahmad Fauzi Yaakob, diikuti ceramah daripada Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Dr Tiwi Kamidin.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak, Profesor Madya Dr. Hamrila Abdul Latip, turut berkongsi ilmu pada simposium tersebut.

Oleh Adeng Edrus 

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: KPM perkenal kurikulum baharu persekolahan tahun hadapan
Next: Kerajaan Sarawak sasar 10,000 penerima komputer riba percuma tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.