Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • KPM perkenal kurikulum baharu persekolahan tahun hadapan
  • PENDIDIKAN

KPM perkenal kurikulum baharu persekolahan tahun hadapan

Utusan Sarawak 8 hours ago
Wong Kah Woh

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan kurikulum persekolahan baharu secara berperingkat bermula tahun hadapan bagi memastikan sistem pendidikan negara kekal dinamik dan memenuhi keperluan masa hadapan.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata fasa pengenalan kurikulum baharu itu melibatkan murid tahun dan tingkatan satu pada 2027 sebelum diperluas kepada tahun dan tingkatan dua pada 2028.

“Sesuatu kurikulum itu akan digunakan untuk suatu tempoh masa dan apabila sampai pada tempohnya, maka kita akan memperkenalkan kurikulum bagi persekolahan baharu.

“Semakan kurikulum akan diadakan jika ada keperluan. Maka untuk subjek atau mata pelajaran tertentu, semakan dari segi kurikulum boleh dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Wong berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) mengenai formula kementerian dalam melaksanakan semakan kurikulum serta tempoh masa penggunaan sesebuah buku teks sekolah.

Terdahulu, menjawab soalan asal Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat), Wong berkata kementerian telah mengintegrasikan elemen pendidikan kenegaraan dan politik dalam mata pelajaran Sejarah serta Pendidikan Sivik bagi memberi pendedahan awal konsep demokrasi.

Beliau berkata pengukuhan literasi politik turut dilaksanakan melalui kerjasama dengan Akademi Pilihan Raya (APR) bagi memberi pengalaman pembelajaran autentik kepada murid mengenai proses pengundian dan tanggungjawab sebagai pemilih.

Selain itu Wong berkata bermula tahun ini, KPM turut melaksanakan Program Pembentukan Karakter Generasi MADANI yang menumpukan empat komponen utama termasuk pengukuhan nilai patriotisme dan pembinaan jati diri positif dalam kalangan murid.

Mohd Sany ingin tahu dasar dan tindakan kerajaan dalam memberi pendidikan kenegaraan dan politik pada peringkat sekolah menengah sebagai pendedahan awal dan kefahaman mengenai konsep politik sebenar sebelum dipengaruhi dengan idea politik kepartian. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pelajar Politeknik Mukah jayakan program CSR bersama komuniti Kampung Igan
Next: Simposium Pendidikan Lawas 2026 perkukuh hala tuju sekolah di Daerah Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.