Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Malaysia hasrat teroka lebih banyak kerjasama dengan Indonesia dalam bidang radio, filem – Teo
  • HIBURAN

Malaysia hasrat teroka lebih banyak kerjasama dengan Indonesia dalam bidang radio, filem – Teo

Utusan Sarawak 6 hours ago
TIMBALAN Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching ketika mengadakan lawatan ke Radio Republik Indonesia (RRI) hari ini sempena lawatan kerjanya ke Indonesia pagi ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin (empat kanan). Selain menyampaikan ucapan dan berkongsi pandangan berkaitan penerokaan kerjasama antara RRI dan Radio Televisyen Malaysia (RTM), beliau turut berkesempatan menjalani sesi temu bual secara langsung. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia berhasrat untuk meneroka lebih banyak peluang kerjasama dengan stesen radio serta pemain industri perfileman di Indonesia bagi memperluas dan mempromosikan budaya kedua-dua negara.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, menerusi kerjasama antaranya dengan Radio Republik Indonesia (RRI) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM), yang masing-masing akan menyambut ulang tahun ke-81 dan 80 tahun, ia dilihat akan memanfaatkan rakyat di kedua-dua negara.

“Saya percaya bahawa kita kongsi budaya dan bahasa yang sama. Jadi sebenarnya banyak kerjasama untuk kandungan boleh diadakan dan bukan sahaja kandungan dari segi budaya, tetapi juga tentang berita.

TIMBALAN Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching ketika mengadakan lawatan ke Radio Republik Indonesia (RRI) hari ini sempena lawatan kerjanya ke Indonesia pagi ini. Selain menyampaikan ucapan dan berkongsi pandangan berkaitan penerokaan kerjasama antara RRI dan Radio Televisyen Malaysia (RTM), beliau turut berkesempatan menjalani sesi temu bual secara langsung. Foto Bernama

“Saya merasakan kita merupakan rakan begitu rapat dan kita nampak bahawa hubungan Presiden Indonesia (Prabowo Subianto) dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu bagus dan erat. Kita tidak mahu hubungan yang rapat ini hanya terhad kepada G to G (kerajaan kepada kerajaan) tetapi kita perlu pastikan bahawa hubungan rakyat dengan rakyat sangat bagus.

“Kerjasama RRI dan RTM ini bukan sahaja dapat membawa manfaat kepada stesen radio, tetapi sebenarnya kolaborasi yang membawa manfaat kepada rakyat Malaysia dan Indonesia serta kedua-dua negara,” kata ketika ditemu bual penyampai RRI Risty Rustarto dalam program Satu Udara, Dua Negara: The Power of Relay di Jakarta dan turut disiarkan di Nasional FM, iaitu stesen radio dikendalikan oleh RTM, hari ini. 

Teo kini dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Jakarta bersempena undangan ke sambutan Hari Pers Nasional 2026.

Mengulas lanjut, beliau berkata Malaysia juga mempunyai idea untuk mengadakan kerjasama dalam bidang perfileman bersama Indonesia dan perkara itu disuarakan kepada wakil menteri kebudayaan Indonesia Giring Ganesha pada pertemuan yang diadakan semalam.

TIMBALAN Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menyampaikan ucapan ketika mengadakan lawatan ke Radio Republik Indonesia (RRI) sempena lawatan kerjanya ke Indonesia pagi ini. Selain menyampaikan ucapan dan berkongsi pandangan berkaitan penerokaan kerjasama antara RRI dan Radio Televisyen Malaysia (RTM), beliau turut berkesempatan menjalani sesi temu bual secara langsung. Foto Bernama

“Bersama dengan saya pada pertemuan itu Ketua Pegawai Eksekutif Finas Datuk Azmir Saifuddin Mutalib. Kami mempunyai satu idea yang mana kita nak wujudkan serta melahirkan generasi produser muda yang boleh menghasilkan susunan visual cerita tentang budaya Melayu kedua-dua negara.

“Akhirnya kita akan berganding bahu menerbitkan filem tersebut. Kita akan mulakan pada tahun ini dan bersama-sama menjayakan filem yang boleh kita kongsikan mengenai budaya Melayu,” katanya.

Sementara itu, di Jakarta, Teo ketika mengadakan kunjungan ke RRI, hari ini berkata RTM dan RRI akan memperbanyakkan lagi kerjasama dari segi kandungan dan program radio silang budaya dalam usaha mengeratkan hubungan kedua-dua negara yang berkongsi budaya serumpun itu. 

Beliau berkata kedua-dua agensi media nasional itu sememangnya mempunyai kerjasama sebelum ini, namun ada beberapa program yang sudah lama tidak diaktifkan seperti program Salam Serumpun dan Hubungan Muhibbah.

“Saya sokong banyakkan program, jangan hanya tahunan sahaja, kita teruskan kolaborasi, kalau boleh buat mingguan lagi bagus,” katanya.

Turut hadir Direktor Utama RRI Ignatius Hendrasmo dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

Hadir sama, Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Bernama Mohd Shukri Ishak dan Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Hamzah Ishak.

Teo berkata, kerjasama lain yang boleh diterokai antara RTM dan RRI termasuk perkongsian kandungan, berita dan latihan.

-Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Kerajaan Metropolitan Seoul lulus tajaan rasmi untuk konsert BTS
Next: Cherpen kukuh posisi industri muzik melalui single ‘Patah Hati’ bersama Chubb-E

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.