Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Padah pecah dinding rumah bapa, anak lelaki positif dadah ditahan di Kabong
  • JENAYAH

Padah pecah dinding rumah bapa, anak lelaki positif dadah ditahan di Kabong

Utusan Sarawak 6 hours ago
BSJD IPD Saratok telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun yang tergamak merosakkan rumah bapanya sendiri di Kampung Kabong, kelmarin. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Tindakan melampau seorang lelaki yang tergamak merosakkan rumah bapanya sendiri membawa padah apabila dia ditahan polis dalam satu kejadian di Kampung Kabong, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang warga emas berusia 71 tahun yang mendakwa rumah lamanya telah dirosakkan oleh anak lelakinya sendiri.

Menurut beliau, pengadu yang merupakan seorang pesara dimaklumkan oleh jiran mengenai kejadian itu pada Ahad lalu sekitar 10.00 pagi sebelum bertindak membuat laporan di Balai Polis Kabong.

Pemeriksaan awal di lokasi kejadian mendapati sekeping dinding asbestos di rumah berkenaan didapati berlubang dan rosak akibat perbuatan khianat, dipercayai dilakukan oleh suspek.

Susulan laporan tersebut, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok yang diketuai oleh Inspektor Henry Muji telah digerakkan dan berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun.

Hasil siasatan awal mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan air kencing pula menunjukkan dia positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

DSP Mathew berkata kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat sehingga menyebabkan kerosakan harta benda.

Pihak polis katanya telah memohon perintah reman daripada Majistret bagi membantu siasatan lanjut.

“Dengan tangkapan suspek, kes ini dianggap selesai,” tambahnya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: RM5.25 juta daging sejuk beku haram dirampas di Kuching
Next: Cuba melarikan diri, lelaki dicekup bersama syabu di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.