Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan ditahap tinggi menjelang Tahun Baharu Cina
  • SEMASA

JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan ditahap tinggi menjelang Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 8 hours ago
MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (dua,kiri) bergambar pada Penyerahan Jentera Bomba dan Ops Siaga Raya 2026 di sebuah pusat membeli belah hari ini. Turut kelihatan, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Dr M Noor Azman Taib (dua,kanan), Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Seri Nor Hisham Mohammad (tiga,kiri), Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing (kiri) dan Co Chairman CLW Special Automobile (M) Sdn Bhd Liu Hui (tiga,kanan). Foto Bernama

PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) membekukan cuti 80 peratus atau kira-kira 12,000 pegawai dan anggotanya bagi memastikan kesiapsiagaan sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina berada pada tahap tertinggi.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata langkah berkenaan khusus bagi membolehkan tindakan pencegahan kebakaran, sekiranya berlaku di musim perayaan dibuat dengan tersusun, teratur dan berkesan.

“Cuti 80 peratus anggota bomba akan dibekukan minggu ini hingga selesai musim perayaan Tahun Baharu Cina,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Majlis Penyerahan Jentera Bomba dan Op Siaga Raya 2026 di sini hari ini.

Beliau berkata sepanjang 2025, JBPM melaksanakan 21,000 pemeriksaan bangunan dengan 11,260 notis dikeluarkan kepada 1,612 premis di seluruh negara.

“Kita sasarkan pemeriksaan 18,000 bangunan (dilaksana JBPM) tetapi kita berjaya melepasi sasaran iaitu 21,000 pemeriksaan. 

“Notis itu bukan bersifat untuk menghukum tetapi untuk mendidik. Kita harap mereka yang menerima notis akan akur ikuti arahan bomba dan lakukan langkah pencegahan dengan kadar segera sebelum tindakan undang-undang dikeluarkan,” katanya.

Sementara itu, Nga berkata beliau berharap nilai kerugian harta benda akibat bencana kebakaran dapat dikurangkan pada tahun ini berbanding RM 2.24 bilion pada 2025.

“Sasaran kita, kita nak pastikan angka itu terus menunjukkan penurunan walaupun lebih banyak projek sedang dijalankan. Langkah keselamatan dan kesedaran itu wajib kita pupuk bersama,” katanya. 

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa tanggungjawab menjaga keselamatantidak boleh dipikul oleh kementerian dan agensi semata-mata sebaliknya mesti menjadi budaya yang sebati dalam masyarakat.

“Apabila bermain bunga api, jauhi kawasan kediaman bagi mengelakkan risiko kebakaran dan pastikan kanak-kanak sentiasa berada di bawah pengawasan orang dewasa. Jangan letak perabot, basikal atau barangan yang tidak digunakan di laluan koridor, tangga kecemasan dan ruang laluan kondo kerana ia boleh menghalang laluan keselamatan ketika berlaku kecemasan.

“Kita nak semua rakyat cakna dan berpengetahuan serta mampu melaksanakan penguatkuasaan dan pengurusan risiko secara kendiri,” katanya.

-Bernama  

Continue Reading

Previous: Sarawak peruntuk RM1.05 bilion untuk projek utiliti, telekomunikasi 2026
Next: 8,000 murid keluarga B40 bakal terima manfaat set sarapan berkhasiat – MILO

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.