Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Karnival Tahun Kuda 2026 meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina di Miri
  • Utara
  • WILAYAH

Karnival Tahun Kuda 2026 meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina di Miri

Utusan Sarawak 7 hours ago
APA KHABAR…Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man mengambil peluang beramah mesra  dan bertanya khabar para peniaga ketika meninjau gerai-gerai pada Karnival Tahun Kuda 2026 di Pusat Beli Belah Boulevard di Miri.

MIRI: Karnival Tahun Kuda 2026 yang berlangsung selama seminggu di sini berjaya menyemarakkan lagi sambutan Tahun Baharu Cina menerusi pelbagai aktiviti kebudayaan dan pasar malam yang meriah.

Karnival yang diadakan di kawasan tempat letak kereta terbuka Pusat Beli Belah Boulevard bermula 5 hingga 14 Februari itu beroperasi dari 5.00 petang hingga 11.00 malam setiap hari.

Lebih 50 gerai mengambil bahagian dengan menawarkan pelbagai juadah perayaan, makanan, kraftangan serta barangan tradisi Tahun Baharu Cina, sekali gus menonjolkan warisan budaya masyarakat Cina dan kepelbagaian budaya Sarawak.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man berkata penganjuran karnival berkenaan berjaya mewujudkan suasana meriah dan penuh kegembiraan dalam kalangan masyarakat setempat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Miri berkata sambutan Tahun Baharu Cina di bandar raya itu wajar diraikan dalam suasana yang meriah dan penuh semangat perpaduan.

“Semangat perayaan seperti ini mencerminkan keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Sarawak,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian karnival itu, semalam.

Chiew turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur dan para peserta atas komitmen mereka menjayakan acara berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata penganjuran acara berskala besar seperti itu amat penting dalam usaha menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, khususnya bagi menarik kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa ke Miri.

Beliau berkata pihaknya akan terus bekerjasama dengan pelbagai organisasi bagi merancang lebih banyak program kebudayaan dan pelancongan bagi memperkukuh kedudukan Miri sebagai destinasi pelancongan yang kaya dengan budaya dan hospitaliti.

Menurutnya, pembangunan sektor pelancongan amat penting dalam merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan.

Penganjur menjangkakan lebih 25,000 pengunjung akan hadir sepanjang tempoh karnival itu, sekali gus memberi limpahan ekonomi kepada sektor peruncitan dan pelancongan makanan di bandar raya ini.

Sepanjang karnival berkenaan, pelbagai persembahan kebudayaan diadakan setiap malam termasuk 60 persembahan tarian singa, tarian naga, tarian tradisional Cina serta persembahan etnik Sarawak seperti Ngajat Iban dan tarian buluh Bidayuh.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Rumah Seri Kenangan Sibu dibaik pulih, penghuni ditempatkan sementara di Kuching
Next: Kebocoran gas di SK Tudan: Kawalan keselamatan dipertingkat, sekolah diteruskan seperti biasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.