KUANTAN: Seorang buruh ladang wanita dihukum pen- jara 24 bulan oleh Mahka- mah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku bersalah menganiaya anak pe- rempuan tirinya dengan menggunakan pisau yang dipanaskan, Ahad lepas.
Hakim, Siti Aminah Gha- zali memerintahkan tertu- duh yang berusia 24 tahun menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 22 September lepas.
Wanita itu turut dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun, selepas tamat hukuman penjara, melakukan khidmat masyarakat se- lama 120 jam serta melapor diri di balai polis pada setiap bulan sepanjang tempoh tersebut.
Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan ke atas mangsa yang ber-usia sembilan tahun, telah menganiaya kanak tersebut dengan cara meletakkan pisau yang telah dipanaskan di atas lengan mangsa se- hingga menyebabkannya mengalami kecederaan fi- zikal di sebuah rumah di perumahan ladang di Muadzam Shah, Rompin kira-kira 90 kilometer dari sini, pada kira-kira 3.00 petang, 20 Sep- tember lepas.
Wanita itu didakwa me- ngikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau dengan denda maksi- mum RM50,000 atau ke- dua-duanya. Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Mohd Faizal Hiqram Azmi merayu dikenakan hukuman ringan dengan alasan dia telah insaf selain hanya memperoleh pendapatan bulanan sekitar RM600.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Nurul Syuhada Tuan Mamat memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran me- ngambil kira tertuduh se- bagai seorang ibu tiri seharusnya melindungi kanak-kanak itu.
Pada 22 September lepas, Bernama melaporkan se- orang wanita ditahan kerana disyaki mendera anak tirinya sehingga melecur di lengan kanan, dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan perbuatan mangsa yang dikatakan memukul adik tirinya semasa suspek dan suami- nya tiada di rumah.
Perbuatan wanita itu terbongkar, selepas mangsa me- ngadu kejadian berkenaan ke- pada guru sekolahnya, se- hari selepas kejadian.
– Bernama