Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan lulus RM19.5 juta untuk pembinaan, naik taraf jalan ladang di Sarawak sejak 2023
  • NASIONAL

Kerajaan lulus RM19.5 juta untuk pembinaan, naik taraf jalan ladang di Sarawak sejak 2023

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIMBALAN Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Huang Tiong Sii pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM19.5 juta bagi pembinaan dan naik taraf Jalan Ladang Pekebun Kecil (JLPK) di Sarawak sejak 2023 termasuk RM3 juta bagi 2026, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata usaha itu dibuat bagi membantu pekebun kecil mengurangkan beban kos logistik.

Sementara itu, bagi Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) pula, beliau berkata kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah memperuntukkan bantuan khas berupa insentif serta sokongan teknikal bagi membantu pekebun kecil yang layak memperoleh pensijilan MSPO.

“Bantuan ini merangkumi bimbingan pematuhan serta kos pensijilan. Bagaimanapun, pemberian bantuan tersebut tidak melibatkan sebarang pelonggaran terhadap syarat dan standard pensijilan MSPO yang telah ditetapkan dan semua pemegang sijil kekal tertakluk kepada keperluan pematuhan sepenuhnya.

“Berdasarkan penelitian kementerian, kegagalan pekebun kecil untuk mendapatkan pensijilan MSPO lazimnya berpunca daripada isu berkaitan status tanah,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata bagi isu pemilikan tanah khususnya melibatkan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, kementerian bersama MPOB dan MSPO sedang dan akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri bagi tujuan pengesahan pemilikan tanah yang sah serta pelaksanaan langkah-langkah pemudah cara yang bersesuaian.

Beliau menjawab soalan Edwin Banta (GPS-Selangau) berhubung langkah mitigasi bagi membantu pekebun kecil kelapa sawit di Parlimen Selangau menghadapi kos logistik tinggi termasuk subsidi pengangkutan zon pedalaman dan bantuan khas bagi pekebun gagal memperoleh pensijilan MSPO akibat isu tanah NCR.

Selain itu, Huang berkata penubuhan Palm Oil Research and Technical Service Institute of The Malaysia Palm Oil Board (Portsim) di Shanghai, China dapat membantu eksport minyak sawit Malaysia lebih stabil dari segi jumlah dan nilai sekaligus menyokong kestabilan harga minyak sawit mentah.

“Kestabilan pasaran itu dapat memastikan pendapatan pekebun kecil lebih terjamin melalui harga tandan buah segar (TBS) yang lebih konsisten, sekali gus memperkukuh daya tahan keseluruhan rantaian nilai industri sawit Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) mengenai bagaimana penubuhan Portsim memberi pulangan langsung kepada pengusahan dan pekebun kecil tempatan di Malaysia.- Bernama

Continue Reading

Previous: SARA untuk semua dikreditkan hari ini, kategori sejuk beku ditambah – MoF
Next: Peruntukan penyelenggaraan jalan Sabah, Sarawak melonjak 300 peratus – Nanta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.