Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Kalaka hulur bantuan khas kepada nelayan terjejas bencana
  • Tengah
  • WILAYAH

ADUN Kalaka hulur bantuan khas kepada nelayan terjejas bencana

Utusan Sarawak 8 hours ago
MOHAMAD Duri semasa menghulurkan bantuan khas kes bencana kepada dua nelayan tempatan bagi membantu mereka meneruskan sumber rezeki di Sungai Krian. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, telah menghulurkan bantuan khas kes bencana kepada dua nelayan tempatan bagi membantu mereka meneruskan sumber rezeki di Sungai Krian.

Majlis penyerahan bantuan tersebut diadakan di Pusat Khidmat ADUN N.38 Kalaka, membabitkan penerima Morsidi dari Kampung Tengah Kupang dan Gadis Seman dari Kampung Melango Baru, Saratok.

Bantuan yang diberikan adalah bagi membeli peralatan menangkap ikan yang rosak atau musnah akibat bencana.

Morsidi kehilangan peralatan akibat kebakaran perahu di Kampung Kupang, manakala Gadis Seman menghadapi kerosakan peralatan akibat arus deras sungai yang membawa sampah “rebak”.

Mohamad Duri berkata, pekerjaan utama kedua-dua penerima adalah sebagai nelayan di Sungai Krian, yang menjadi sumber pendapatan utama mereka untuk menyara keluarga.

Bantuan ini diharap dapat meringankan beban dan membolehkan mereka terus berusaha mencari rezeki.

“Pusat Khidmat ADUN N.38 Kalaka mengambil inisiatif membantu mereka mendapatkan peralatan baru supaya aktiviti menangkap ikan dapat diteruskan tanpa gangguan,” katanya.

Majlis penyerahan turut dihadiri oleh ketua-ketua kampung masing-masing, iaitu Ketua Kaum, Mahmud dari Kampung Tengah Kupang dan Ketua Kaum Sulong dari Kampung Melango Baru, Saratok.

Turut diserlahkan dalam majlis itu ialah kepentingan komuniti dan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan dengan penduduk untuk memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.

Dengan bantuan ini, diharapkan nelayan seperti Morsidi dan Gadis Seman dapat meneruskan pekerjaan mereka dengan lebih selamat dan berkesan, sekali gus mengekalkan sumber pendapatan keluarga masing-masing.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: 55 lampu solar tingkat keselamatan sekitar IPD Sibu
Next: Jadi penjamin pinjaman rakan, lelaki hampir dipaksa bayar RM40,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.