Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 55 lampu solar tingkat keselamatan sekitar IPD Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

55 lampu solar tingkat keselamatan sekitar IPD Sibu

Utusan Sarawak 9 hours ago
 TIONG (kanan) merasmikan projek lampu solar di IPD Sibu yang telah siap sepenuhnya, sambil disaksikan oleh Zulkipli (tengah) dan yang lain.

SIBU: Sebanyak RM110,000 diperuntukkan Kerajaan Sarawak bagi meningkatkan tahap pencahayaan dan keselamatan di sekitar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menerusi pemasangan 55 batang lampu solar.

Projek di bawah Dana Program Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Dudong itu telah siap sepenuhnya dan dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing semalam.

Menurut Tiong, pencahayaan yang mencukupi merupakan elemen penting dalam usaha memastikan keselamatan awam, khususnya di kawasan yang melibatkan operasi penguatkuasaan.

“Walaupun terdapat pasukan penguat kuasa, aspek pencahayaan tetap penting bagi mengurangkan risiko dan memastikan keselamatan anggota polis serta orang awam sentiasa terjamin,” katanya kepada pemberita.

TIONG (tengah) melihat lampu solar yang telah siap dipasang sambil mendengar penerangan daripada Zulkipli (kiri).

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong turut memuji inisiatif Kelab Polis IPD Sibu yang melaksanakan pemasangan lampu solar tersebut secara gotong-royong.

Katanya, pendekatan sedemikian bukan sahaja mempercepatkan pelaksanaan projek, malah membantu menjimatkan kos berbanding melalui proses tender.

“Jika rakyat dan komuniti setempat mampu melaksanakan projek dengan cekap, maka peluang wajar diberikan kepada mereka,” ujarnya.

Tiong turut menjelaskan walaupun IPD Sibu bukan terletak dalam kawasan pentadbirannya, beliau tetap bersedia menghulurkan bantuan memandangkan peranan penting polis dalam menjaga keselamatan seluruh warga Sibu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili merakamkan penghargaan kepada Datuk Seri Tiong King Sing serta kerajaan Sarawak atas peruntukan RTP yang disalurkan.

“Projek ini memberi manfaat besar dari segi keselamatan dan keselesaan, khususnya di kawasan IPD,” katanya sambil memaklumkan bahawa satu lagi peruntukan RM100,000 telah dipersetujui bagi tujuan yang sama.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Program Pembelajaran Sepanjang Hayat pemangkin transformasi komuniti DUN Dudong
Next: ADUN Kalaka hulur bantuan khas kepada nelayan terjejas bencana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.