Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sarawak sasar pertahan kejuaraan keseluruhan SUKMA 2026 di Selangor
  • SUKAN

Sarawak sasar pertahan kejuaraan keseluruhan SUKMA 2026 di Selangor

Utusan Sarawak 8 hours ago
MENTERI Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan cenderahati kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis penangguhan SUKSAR edisi ke-IV 2026 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, hari ini. Foto Adi Safarman

SIMANGGANG: Sarawak meletakkan sasaran jelas untuk mempertahankan kejuaraan keseluruhan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 yang bakal berlangsung di Selangor Darul Ehsan, selepas kejayaan muncul juara keseluruhan pada penganjuran SUKMA di Sarawak sebelum ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sasaran tersebut merupakan satu cabaran besar memandangkan SUKMA 2026 melibatkan penganjuran di sembilan daerah di Selangor serta satu daerah di Negeri Sembilan bagi acara berbasikal.

Menurut beliau, kejayaan mempertahankan gelaran juara amat bergantung kepada komitmen tinggi atlet-atlet terpilih, pengurus pasukan serta persatuan-persatuan sukan yang terlibat, khususnya apabila SUKMA mempertandingkan sebanyak 37 acara berbanding hanya 11 acara pada temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) edisi ke-IV 2026.

“Harapan kita adalah agar semua pihak memberikan komitmen sepenuhnya bagi memastikan Sarawak mampu mengulangi kejayaan dan muncul juara keseluruhan sekali lagi di SUKMA Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penangguhan SUKSAR edisi ke-IV 2026 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, hari ini. Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

 MENTERI Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan cenderahati kepada ketua-ketua kontinjen pada majlis penangguhan SUKSAR edisi ke-IV 2026 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, hari ini. Foto Adi Safarman

Abdul Karim menegaskan, penganjuran SUKMA 2026 menuntut perancangan logistik yang rapi, penyelarasan pasukan yang berkesan serta pengurusan operasi yang lebih kompleks. 

Sehubungan itu, persediaan awal amat penting bagi memastikan atlet Sarawak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada prestasi pertandingan.

Beliau turut menggariskan beberapa tarikh penting dalam persiapan ke arah SUKMA Selangor 2026, iaitu proses penyertaan sukan dari 1 hingga 14 November 2025, penyenaraian senarai panjang kontinjen dari 2 Januari hingga 13 Februari 2026, serta penyenaraian senarai pendek kontinjen dari 1 Jun hingga 3 Julai 2026.

Menurutnya, persiapan ini memerlukan tindakan segera serta kerjasama erat antara kementerian, Suruhanjaya Sukan Sarawak (SSC), Majlis Sukan Negara (MSN), atlet, persatuan sukan, pegawai pembangunan sukan dan jurulatih supaya setiap program latihan dapat dimanfaatkan secara optimum.

Dalam pada itu, beliau menekankan kepentingan pengukuhan pengetahuan prestasi tinggi sebagai teras kejayaan Sarawak, termasuk penggunaan kaedah moden dan peralatan berteknologi tinggi bagi pembangunan atlet secara sistematik dan berasaskan data.

Selain aspek fizikal, Abdul Karim berkata ketahanan mental dan fokus atlet juga perlu diperkukuh melalui bimbingan psikologi sukan agar mereka bukan sahaja bersedia dari segi fizikal, malah mental, untuk menghadapi cabaran SUKMA 2026 dengan keyakinan tinggi.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Dua gol Gyokeres bantu Arsenal lebarkan kelebihan Liga Perdana
Next: Premier Sarawak ucap tahniah kepada Kuching City FC atas prestasi cemerlang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.