Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hampir semua kontraktor layak peroleh kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan Sarawak
  • TEMPATAN

Hampir semua kontraktor layak peroleh kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan Sarawak

Utusan Sarawak 7 hours ago
MENTERI Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi (tengah) berucap pada sidang media selepas Majlis Cabutan Undi Tawaran Kerja Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Sarawak 2026 di Hikmah Exchange, hari ini. Foto Shikin Mahmud

KUCHING: Proses cabutan undi tawaran kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan Sarawak bagi tahun ini, mencatatkan kadar kejayaan yang amat tinggi apabila 65 daripada 67 syarikat kontraktor yang berdaftar berjaya memperoleh tawaran kerja.

Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi berkata, jumlah tersebut menunjukkan hampir 100 peratus penyertaan berjaya, sekali gus membuktikan proses cabutan undi dilaksanakan secara telus, adil dan berpaksikan peluang saksama kepada kontraktor tempatan.

Menurut beliau, sebanyak 67 syarikat kontraktor telah mendaftar untuk menyertai proses cabutan undi bagi kerja-kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan di Sarawak, melibatkan 65 pakej kerja yang ditawarkan.

“Daripada 67 syarikat yang berdaftar, 65 berjaya memperoleh kerja. Hanya dua syarikat tidak terpilih, dan ini membuktikan hampir semua kontraktor layak diberikan peluang,” katanya pada sidang media selepas Majlis Cabutan Undi Tawaran Kerja Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Sarawak 2026, di sini, hari ini.

Beliau berkata, agihan kerja tersebut dibuat berdasarkan keperluan sebenar di lapangan serta keutamaan penyelenggaraan jalan yang dikenal pasti oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, bukan dibuat secara sewenang-wenangnya.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan pembahagian kerja mengikut kelas kontraktor menunjukkan pendekatan praktikal dan berasaskan keupayaan, dengan empat kerja diperuntukkan kepada kontraktor G1, 25 kerja kepada G2, 47 kerja kepada G3 dan 65 kerja kepada G4.

Menurutnya, meskipun bilangan kontraktor G1 lebih ramai, penentuan jumlah kerja adalah bergantung kepada skop dan keperluan penyelenggaraan sebenar, khususnya bagi kerja-kerja berskala sederhana dan besar.

“Bukan soal tidak adil kepada G1, tetapi kita perlu mengikut keperluan di lapangan. Arahan kerja dikeluarkan berdasarkan tahap kerosakan jalan dan keutamaan keselamatan pengguna,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa semua kontraktor yang berjaya perlu melaksanakan kerja dengan penuh integriti dan mematuhi spesifikasi ditetapkan, kerana prestasi pelaksanaan akan dinilai sebagai asas pertimbangan bagi peluang tawaran kerja pada masa hadapan.

“Kerajaan telah memberi peluang yang besar. Sekarang tanggungjawab kontraktor untuk memastikan kerja dilaksanakan dengan berkualiti demi keselamatan pengguna jalan raya,” katanya.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lo Khere Chiang sebar keceriaan Tahun Baharu Cina di Pasar Batu 10
Next: Subsidi RM40,000 perkasa peniaga Bazar Ramadan DUN Nangka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.