Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Fast Culture 2026 tarik hampir 10,000 pengunjung, tonjolkan pertumbuhan budaya automotif Sarawak
  • TEMPATAN

Fast Culture 2026 tarik hampir 10,000 pengunjung, tonjolkan pertumbuhan budaya automotif Sarawak

Utusan Sarawak 9 hours ago
SENATOR Dato Ahmad Ibrahim (dua dari kiri) hadir pada acara Fast Culture Kuching 2026. Foto Facebook Senator Dato Ahmad Ibrahim

KUCHING: Fast Culture Kuching 2026 yang berlangsung di Sarawak Plaza berjaya menarik hampir 10,000 pengunjung sepanjang penganjurannya selama sehari penuh, sekali gus membuktikan minat yang tinggi dalam kalangan masyarakat terhadap budaya automotif serta acara berteraskan komuniti di Sarawak.

Program yang bermula seawal pagi dan berakhir hampir tengah malam itu menyaksikan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat, termasuk peminat automotif tempatan, penggiat industri, wakil media serta pencipta kandungan dari dalam dan luar Sarawak.

Acara berkenaan dilihat semakin matang dan berkembang dari tahun ke tahun, bukan sahaja dari segi skala penganjuran malah dari aspek penyertaan, pendedahan media serta pengaruhnya dalam mengangkat profil Sarawak sebagai destinasi automotif dan permotoran di peringkat serantau.

Ahli Dewan Negara, Senator Dato Ahmad Ibrahim, berkata Fast Culture bukan sekadar pameran kereta atau acara hiburan, sebaliknya berperanan sebagai platform yang menyatukan komuniti, kreativiti, bakat belia, industri sokongan serta sektor pelancongan.

ACARA Fast Culture Kuching 2026 menjadi platform penyatuan komuniti automotif Sarawak. Foto Facebook Senator Dato Ahmad Ibrahim

“Kehadiran media tempatan dan antarabangsa serta pencipta kandungan dari luar Sarawak membuktikan potensi negeri ini untuk diposisikan sebagai destinasi automotif dan permotoran yang berdaya saing di rantau ini,” katanya ketika ditemui pada acara tersebut.

Dalam kapasiti beliau sebagai Presiden Persatuan Permotoran Sarawak, beliau menegaskan bahawa penganjuran acara seperti Fast Culture menyediakan ruang yang positif dan selamat untuk penglibatan belia, pembinaan jaringan industri serta pendedahan antarabangsa melalui satu bahasa sejagat iaitu budaya automotif.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur, penaja, rakan media, sukarelawan serta seluruh komuniti automotif atas komitmen dan sokongan kolektif yang telah menjayakan acara berkenaan.

“Sokongan berterusan terhadap acara tempatan seperti ini amat penting bagi memastikan ekosistem automotif Sarawak terus berkembang dan mampu berdiri seiring dengan acara automotif antarabangsa utama,” tambah beliau.

Fast Culture Kuching 2026 diakhiri dengan sesi cabutan bertuah yang disambut penuh meriah oleh para pengunjung, sekali gus menutup program sehari penuh itu dengan jayanya.

Continue Reading

Previous: Media, AI perlu bergerak seiring pertahan integriti kewartawanan – Alice Lau
Next: AZAM Sarawak terapkan pembangunan nilai dan karakter dalam AZAM Young Souls

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.