Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM Anwar, Modi adakan mesyuarat dua hala perkukuh hubungan Malaysia-India
  • NASIONAL

PM Anwar, Modi adakan mesyuarat dua hala perkukuh hubungan Malaysia-India

Utusan Sarawak 10 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Perdana Menteri India Narendra Modi ke Kompleks Seri Perdana sempena lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri India ke Malaysia. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan empat mata dengan rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi di Kompleks Seri Perdana, di sini.

Modi tiba di Seri Perdana pada 9.35 pagi dan disambut oleh Anwar, sebelum diikuti dengan persembahan kebudayaan sebagai penghormatan kepada pemimpin asing itu.

Perdana Menteri India itu berada di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari sejak semalam atas undangan Anwar.

Antara menteri Kabinet yang hadir ialah Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Mesyuarat antara Malaysia dan India memberikan tumpuan kepada pengukuhan Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) antara kedua-dua negara, dengan perbincangan merangkumi kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan keselamatan, tenaga kerja, pelancongan, kesalinghubungan, pertanian serta pendidikan, selain isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

PERDANA Menteri India Narendra Modi bersalaman bersama barisan jemaah menteri ketika diberikan sambutan rasmi sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke Malaysia di Kompleks Perdana Putra hari ini. Foto Bernama

Beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) dijangka ditandatangani susulan mesyuarat itu sebagai bukti komitmen bersama kedua-dua negara untuk memperdalam kerjasama dua hala dalam sektor utama.

MoU juga melibatkan usaha membanteras dan mencegah rasuah, piawaian latihan, pensijilan dan pengawasan untuk pelaut, serta pengurusan bencana.

Dokumen tambahan lain termasuk perjanjian dalam bidang penerbitan audio visual, memorandum kerjasama dalam bidang tenaga kerja, pertukaran nota berkaitan semikonduktor, kesihatan, keselamatan negara dan TVET, pertukaran surat mengenai kerjasama pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta penyerahan perjanjian rangka kerja mengenai International Big Cats Alliance (IBCA).

Susulan pertukaran MoU, kedua-dua pemimpin dijangka mengadakan sidang media bersama bagi menegaskan komitmen kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan dua hala dan memajukan kerjasama demi manfaat bersama.

Hadir sama ialah Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan selaku menteri pengiring, serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Lawatan ini merupakan kunjungan ketiga Modi ke Malaysia dan yang pertama sejak hubungan dua hala antara Malaysia dan India dinaikkan ke tahap CSP pada Ogos 2024.- Bernama

Continue Reading

Previous: PM India tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.