Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Dua gol Gyokeres bantu Arsenal lebarkan kelebihan Liga Perdana
  • SUKAN

Dua gol Gyokeres bantu Arsenal lebarkan kelebihan Liga Perdana

Utusan Sarawak 9 hours ago

Viktor Gyokeres menjaringkan gol ketika Arsenal menewaskan Sunderland. Foto AFP

LONDON: Arsenal semakin hampir untuk menamatkan penantian 22 tahun bagi menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris selepas kemenangan 3-0 ke atas Sunderland, meletakkan The Gunners sembilan mata di hadapan di puncak liga.

Jaringan jarak jauh Martin Zubimendi sejurus sebelum rehat menenangkan kegelisahan penyokong tuan rumah di Stadium Emirates sebelum Viktor Gyokeres meledak dua gol untuk membungkam pengkritiknya.

Manchester City boleh merapatkan jurang di puncak liga kepada enam mata sekiranya mereka menamatkan penantian sejak 2003 untuk menewaskan Liverpool di Anfield di hadapan penyokong sendiri pada Ahad.

Namun, selepas tiga musim berturut-turut menamatkan saingan di tempat kedua, ia kini tampak hanya soal bila, bukan jika, pasukan kendalian Mikel Arteta akhirnya dinobatkan sebagai juara.

Kekalahan itu menjejaskan impian Sunderland untuk beraksi di pentas Eropah pada musim pertama mereka kembali ke saingan tertinggi.

Pasukan kendalian Regis Le Bris menunjukkan mengapa mereka berada di tangga kelapan dengan aksi separuh masa pertama yang kental, sekali lagi membuatkan penyokong Arsenal merungut mengenai kekurangan kreativiti dalam permainan terbuka.

Bagaimanapun, Zubimendi memecah kebuntuan pertahanan Black Cats menerusi rembatan kemas dari luar kotak penalti yang mengenai bahagian dalam tiang sebelum menerjah jaring, gol keenamnya dalam musim debut yang mengagumkan di England.

Gyokeres sebelum ini menerima banyak kritikan kerana gagal mengulangi ketajaman jaringannya bersama Sporting Lisbon dalam saingan Liga Perdana.

Namun, penyerang antarabangsa Sweden itu kekal sebagai penjaring terbanyak kelab dan meningkatkan jumlah gol kepada 13 dalam semua pertandingan.

Gyokeres memastikan kemenangan Arsenal apabila rembatan kencangnya hasil hantaran Kai Havertz terlalu deras untuk dihalang penjaga gol Robin Roefs, 25 minit sebelum tamat perlawanan.

Dia kemudian diberikan gol mudah oleh Gabriel Martinelli pada masa kecederaan.

Namun, kegembiraan Arsenal sedikit tercalar apabila Leandro Trossard terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan pada penghujung perlawanan.

Arteta memerlukan seramai mungkin pemain cergas memandangkan Arsenal masih bersaing dalam empat kejohanan.

Arsenal bakal bertemu City dalam perlawanan akhir Piala Liga bulan depan, melayan kunjungan Wigan dalam pusingan keempat Piala FA dan mara dengan bergaya ke pusingan 16 Liga Juara-Juara selepas mencatat lapan kemenangan daripada lapan perlawanan pada fasa liga. – AFP

Continue Reading

Previous: Carrick bawa sesuatu istimewa kepada United, kata Fernandes

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.