Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerajaan Sarawak salur RM180,000 penambahbaikan Chapel Saint Stephen Empayang
  • WILAYAH

Kerajaan Sarawak salur RM180,000 penambahbaikan Chapel Saint Stephen Empayang

Utusan Sarawak 9 hours ago
ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir menyerahkan cek peruntukan tersebut kepada pihak pengurusan gereja dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Empayang, Kabong. Foto ADUN Kabong

KABONG: Kerajaan Sarawak terus menzahirkan keprihatinan terhadap pembangunan institusi keagamaan di negeri ini apabila peruntukan berjumlah RM180,000 disalurkan bagi menyokong kerja-kerja penambahbaikan di Chapel Saint Stephen Empayang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir hari ini menyerahkan cek peruntukan tersebut kepada pihak pengurusan gereja dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Empayang, Kabong.

Menurut Chee Kadir, sumbangan daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) itu merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri bagi memastikan kemudahan rumah ibadat sentiasa diperkemaskan demi kesejahteraan jemaah.

“Kerajaan Sarawak sentiasa prihatin dalam membantu institusi keagamaan tanpa mengira latar belakang agama. Bantuan ini menunjukkan komitmen negeri dalam memupuk keharmonian dan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama,” katanya.

ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir menyerahkan cek peruntukan tersebut kepada pihak pengurusan gereja dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Empayang, Kabong. Foto ADUN Kabong

Beliau menekankan bahawa pihak pengurusan gereja perlu memastikan peruntukan digunakan dengan sebaiknya, seterusnya memberi manfaat kepada komuniti setempat sambil memastikan segala perancangan pembangunan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

Majlis penyerahan cek ini menjadi bukti usaha berterusan kerajaan negeri dan wakil rakyat dalam memberi perhatian kepada kebajikan serta kemudahan institusi keagamaan di Sarawak.

Pihak pengurusan Chapel Saint Stephen Empayang turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak dan ADUN Kabong atas sokongan yang diberikan, sambil menekankan bahawa dana tersebut akan digunakan sepenuhnya untuk menaik taraf fasiliti bagi kemudahan jemaah.

Inisiatif ini, diharapkan hubungan harmonis antara masyarakat pelbagai agama terus diperkukuh, sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri untuk membina Sarawak yang lebih bersatu dan harmoni.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 34 keluarga di Kabong terima kunci Rumah Spektra Permata
Next: Pembinaan rumah panjang baharu di Nanga Mejong tingkatkan kualiti hidup komuniti pedalaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.