Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini
  • SEMASA

Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini

Utusan Sarawak 4 hours ago
KETUA Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (tengah) menjawab pertanyaan pada sidang media Program Pemukiman Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan (KSUP) 2026 di EPF Learning Campus (ELC) hari ini. Foto Bernama

BANGI: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata perkhidmatan awam akan memulakan pelaksanaan pendekatan tanpa kertas bagi urusan mudah bermula 9 Februari ini, selaras usaha mempercepat pendigitalan dalam pentadbiran kerajaan.

Beliau berkata surat arahan rasmi mengenai ketetapan itu akan dikeluarkan dan Unit Transformasi Digital juga diwujudkan bermula tarikh sama.

“Kita mulakan dengan program pendigitalan dalam perkhidmatan awam bagi perkara-perkara yang mudah, tiada lagi kertas,” katanya pada sidang media selepas Permukiman Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP) 2026 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Shamsul Azri berkata pihaknya juga akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek pembangunan yang dapat memberi kesan segera kepada kesejahteraan rakyat.

Antara keutamaan termasuk kerja-kerja membaiki jalan, membaik pulih bangunan sekolah serta penyediaan kemudahan awam yang lebih selesa.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen – Nanta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.