Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • GPS rancang gerak kerja bersama dekati rakyat akar umbi
  • SEMASA

GPS rancang gerak kerja bersama dekati rakyat akar umbi

Utusan Sarawak 5 hours ago
KETUA Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Martin Ben ketika ditemui media selepas Mesyuarat Khas Pemuda Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Petra Jaya, hari ini.
 

PETRA JAYA: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memperkukuh peranan di peringkat akar umbi bagi membantu menerangkan pelbagai inisiatif kerajaan kepada rakyat di seluruh negeri.

Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Martin Ben berkata, perkara itu dipersetujui hasil perbincangan bersama sayap pemuda parti-parti komponen GPS termasuk PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Menurut beliau, tumpuan utama pergerakan Pemuda GPS adalah untuk turun padang dan menyampaikan maklumat berkaitan dasar serta inisiatif pembangunan kerajaan, khususnya kepada masyarakat di kawasan luar bandar.

“Kita sama-sama membantu turun padang dan menerangkan semua inisiatif kerajaan kepada rakyat di peringkat akar umbi,” katanya ketika ditemui media selepas Mesyuarat Khas Pemuda GPS, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Permodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah berkata, mesyuarat berkenaan turut membincangkan perancangan program bersama, termasuk kemungkinan menganjurkan jelajah atau roadshow GPS dalam masa terdekat.

Martin turut memaklumkan bahawa pergerakan Pemuda GPS mengalu-alukan pelantikan ketua-ketua pemuda baharu bagi penggal 2025 hingga 2027 dalam kalangan parti komponen.

Dalam pada itu, beliau berkata pergerakan pemuda akan memainkan peranan penting sekiranya Sarawak berdepan pilihan raya negeri, selaras dengan hala tuju dan panduan kepimpinan GPS.

Menurut beliau, pemuda parti-parti komponen GPS sentiasa berada di lapangan bagi melaksanakan program serta membantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan masing-masing.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: AIIB sokong hasrat Sarawak bangunkan infrastruktur masa hadapan, tenaga bersih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.