Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kebocoran gas di tapak pembinaan SK Tudan, bomba laksana langkah keselamatan
  • Utara
  • WILAYAH

Kebocoran gas di tapak pembinaan SK Tudan, bomba laksana langkah keselamatan

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAS BOCOR ...Pasukan bomba bertindak memasang sawar-sawar keselamatan di sekitar tiang cerucuk yang terlibat. Foto BBP Lutong

MIRI: Aktiviti pembinaan di tapak projek bangunan baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Tudan di sini dihentikan sementara semalam selepas satu kejadian kebocoran gas dikesan, sekali gus mencetuskan tindakan segera oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi memastikan keselamatan di kawasan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong Henry Jugah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.15 pagi sebelum sepasukan bomba digerakkan ke lokasi dan tiba kira-kira sembilan minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, pemanggil memaklumkan terdapat gas keluar dari dua lubang cerucuk yang ditanam pada kedalaman kira-kira 33.6 meter dan 33.9 meter. Bagaimanapun, jenis gas tersebut masih belum dapat dipastikan,” katanya ketika di sini.

Menurut Henry, hasil perbincangan bersama pihak kontraktor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarawak Gas serta pihak pengurusan sekolah, semua kerja pembinaan di kawasan terlibat telah diarahkan dihentikan sementara sebagai langkah keselamatan.

“Anggaran keluasan kawasan terlibat adalah sekitar 854 meter persegi dan tindakan memasang sawar-sawar keselamatan telah dilakukan di sekitar tiang cerucuk yang terlibat,” jelasnya.

Henry berkata, operasi pemantauan berterusan akan dijalankan oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO) BBP Lutong sementara menunggu ketibaan bantuan Unit Hazmat dari BBP Bintulu.

“Penghentian kerja pembinaan dalam lingkungan kira-kira 60 meter persegi ini dibuat atas faktor keselamatan seperti diarahkan oleh Ketua Polis Daerah Miri,” katanya.

Tambah beliau, satu lawatan tapak bersama Pegawai Residen Miri serta agensi berkaitan dijadualkan berlangsung pada 5.00 petang bagi menilai situasi serta tindakan susulan yang perlu diambil.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dua projek RTP siap di SMK Pei Min
Next: Lelaki OKU hilang selepas keluar ke kebun sawit di Bintangor, SAR diteruskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.