Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool di landasan tepat untuk masa depan, kata Slot
  • SUKAN

Liverpool di landasan tepat untuk masa depan, kata Slot

Utusan Sarawak 6 hours ago
JEREMY Jacquet dijangka menyertai Liverpool pada musim depan selepas persetujuan dicapai dengan Rennes. Foto AFP

LIVERPOOL: Pengambilan bakat muda berpotensi tinggi diyakini mampu meletakkan Liverpool dalam kedudukan kukuh untuk jangka masa panjang, menurut pengurus Arne Slot, biarpun juara Liga Perdana Inggeris itu melalui musim yang mencabar.

The Reds kini menghuni tangga keenam liga selepas permulaan sukar di Anfield buat beberapa pemain baharu, susulan perbelanjaan besar hampir £450 juta (AS$616 juta) pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Liverpool turut mencapai persetujuan membawa masuk pertahanan muda Perancis, Jeremy Jacquet, dari Rennes pada awal musim depan dengan nilai perpindahan sehingga £60 juta. Pemain berusia 20 tahun itu dianggap antara prospek paling cerah di Eropah.

“Dia bakat yang sangat besar dan satu lagi contoh model yang kami gunakan di kelab ini,” kata Slot pada Khamis.

“Pemain muda, sangat berbakat, ada yang di awal kerjaya dan ada juga yang sudah beberapa tahun bermain, tetapi semuanya pemain muda yang boleh meningkatkan pasukan dalam jangka pendek dan juga jangka panjang.

“Kami telah menandatangani ramai pemain seperti ini dan masa depan kelab ini, sama ada jangka sederhana atau panjang, malah jangka pendek sekali pun, berada di tempat yang sangat baik.”

Hugo Ekitike dan Florian Wirtz antara pembelian mahal yang mula menunjukkan pulangan daripada hampir £200 juta yang dibelanjakan untuk membawa mereka masuk dari Bundesliga.

Ekitike menjaringkan dua gol ketika kemenangan 4-1 ke atas Newcastle minggu lalu, sekali gus menjadikan jumlah jaringannya musim ini kepada 15 gol.

Wirtz pula telah meledak enam gol dalam 10 perlawanan sejak menamatkan kemarau 22 perlawanan tanpa jaringan bersama Liverpool.

“Sebagai pengurus, walaupun seseorang pemain bergelut pada awalnya, anda perlu terus menurunkannya kerana itu satu-satunya cara untuk dia berkembang,” kata Slot mengenai penyesuaian Wirtz di Liga Perdana.

“Dia tidak banyak meningkat dari segi permainan dengan bola kerana sejak awal lagi dia memang istimewa. Mungkin sekarang dia lebih serasi dengan rakan sepasukan kerana mereka semakin kerap bermain bersama.

“Tanpa bola adalah aspek yang saya lihat peningkatan paling ketara padanya, dan juga beberapa pemain lain. Gabungan itu yang membuatkan anda benar-benar bersedia untuk Liga Perdana.”

Liverpool bakal menerima kunjungan Manchester City pada awal pagi Isnin ini dalam perlawanan yang membawa implikasi besar terhadap perebutan kejuaraan serta slot ke Liga Juara-Juara musim depan.

City ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Arsenal, dan boleh tercicir sembilan mata jika The Gunners menewaskan Sunderland pada Sabtu.

Liverpool pula berisiko ketinggalan empat mata daripada kelompok lima teratas — yang dijangka cukup untuk layak ke Liga Juara-Juara — sekiranya Manchester United dan Chelsea mencatat kemenangan hujung minggu ini.

Slot bertekad menebus kekecewaan selepas kekalahan 0-3 kepada City pada November lalu.

“Mereka pasukan yang lebih baik ketika itu dan saya rasa kali ini kami mahu menampilkan sisi yang berbeza,” katanya. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: City cabaran Anfield, Arsenal intai mahkota
Next: Liverpool di landasan tepat untuk masa depan, kata Slot

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.