Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • FIFA: Kelab Inggeris terajui perbelanjaan perpindahan antarabangsa Januari
  • SUKAN

FIFA: Kelab Inggeris terajui perbelanjaan perpindahan antarabangsa Januari

Utusan Sarawak 5 hours ago
PEMAIN tengah England Tottenham Hotspur bernombor 22, Conor Gallagher, menyertai sesi latihan pasukan di pusat latihan Tottenham di Enfield, utara London, pada 27 Januari 2026, sehari sebelum perlawanan fasa liga Liga Juara-Juara UEFA menentang Eintracht Frankfurt di Jerman. Foto AFP

LONDON: Kelab Inggeris menerajui perbelanjaan global bagi perpindahan antarabangsa semasa jendela musim sejuk 2026, lapor PA Media/dpa dengan memetik laporan terbaharu FIFA.

Kelab di England membelanjakan AS$363 juta untuk menandatangani bakat dari luar negara, daripada jumlah keseluruhan bola sepak lelaki global sebanyak AS$1.95 bilion, menurut Tinjauan Perpindahan Januari FIFA. 

Jumlah itu merupakan rekod kedua tertinggi bagi jendela musim sejuk yang pernah dicatatkan, di belakang Januari 2025 (AS$2.37 bilion).

Perpindahan Conor Gallagher ke Tottenham dari Atletico Madrid dengan nilai AS$47.1 juta merupakan perbelanjaan terbesar pada Januari bagi pemain yang berpangkalan di luar England, manakala perpindahan Taty Castellanos ke West Ham dari Lazio dan penghijrahan Rayan ke Bournemouth dari Vasco da Gama turut tersenarai antara tawaran terbesar.

Kelab di Itali, Brazil, Jerman dan Perancis merupakan pembelanja terbesar seterusnya mengekori England, menurut laporan itu.

Januari 2026 terbukti menjadi rekod jendela musim sejuk bagi bola sepak wanita, dengan lebih AS$10.8 juta dibelanjakan oleh kelab-kelab di seluruh dunia, sekali gus memecahkan rekod 2025 sebanyak lebih 85 peratus.

Kelab Inggeris sekali lagi mendahului dengan perbelanjaan sebanyak AS$5.03 juta. Ini termasuk pembelian pemain antarabangsa Amerika Syarikat, Sam Coffey oleh Manchester City dari Portland Thorns. – Bernama-PA Media/dpa

Continue Reading

Previous: SUKSAR 2026: Zon Utara tekad ulang sejarah, sasar juara keseluruhan
Next: City cabaran Anfield, Arsenal intai mahkota

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.