Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kerjasama ekonomi Sarawak-Brunei diperkukuh dalam lawatan rasmi BEDB
  • BISNES

Kerjasama ekonomi Sarawak-Brunei diperkukuh dalam lawatan rasmi BEDB

Utusan Sarawak 8 hours ago
SARAWAK dan Brunei Darussalam terus memperkukuh kerjasama ekonomi serantau menerusi lawatan rasmi delegasi Lembaga Pembangunan Ekonomi Brunei (BEDB) ke Sarawak hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Sarawak dan Brunei Darussalam terus memperkukuh kerjasama ekonomi serantau menerusi lawatan rasmi delegasi Lembaga Pembangunan Ekonomi Brunei (BEDB) ke Sarawak hari ini, yang dilihat mampu merancakkan perdagangan rentas sempadan serta menarik pelaburan baharu antara kedua-dua wilayah.

Lawatan yang dikordinasi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) dengan kerjasama Majlis Perniagaan BIMP-EAGA (BEBC) dan Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan mempererat hubungan ekonomi dua hala yang telah terjalin sekian lama.

Sepanjang lawatan tersebut, lebih 15 syarikat dari pelbagai sektor menyertai sesi padanan perniagaan dan rangkaian industri, sekali gus memberi peluang kepada perusahaan Brunei memahami persekitaran perniagaan Sarawak termasuk aspek peraturan, struktur kos serta potensi pelaburan yang tersedia.

Dalam pada itu, delegasi BEDB yang diketuai oleh Norlela Suhailee bersama Konsul Jeneral Brunei Darussalam di Sarawak, Sheikh Abdul Mahdani Dato Paduka Sheikh Abdul Gani, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh.

Pertemuan tersebut turut disertai oleh Setiausaha Tetap MINTRED, Datu Lester Matthew.

Kunjungan berkenaan menzahirkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh hubungan ekonomi dan memperluas kerjasama strategik, khususnya dalam sektor keutamaan seperti tenaga, keselamatan makanan, akses pasaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pembangunan industri berpertumbuhan tinggi.

Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Brunei Darussalam (STATOB) akan terus memainkan peranan memudah cara susulan perbincangan antara syarikat yang terlibat bagi memastikan potensi kerjasama yang dikenal pasti dapat diterjemahkan kepada hasil nyata serta perkongsian yang saling menguntungkan.

Secara keseluruhannya, lawatan rasmi BEDB ini mencerminkan komitmen bersama Sarawak dan Brunei Darussalam untuk memperkukuh jaringan perniagaan, memperdalam hubungan perdagangan serta mewujudkan peluang pertumbuhan baharu bagi perusahaan di kedua-dua pasaran.

-UKAS

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Peraturan baharu langkah adil tangani salah guna jual beli RON95 bersubsidi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.