Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KOLUMNIS
  • Jangan jadi macam Trump, rampas hasil minyak negara lain, berlagak polis dunia
  • KOLUMNIS

Jangan jadi macam Trump, rampas hasil minyak negara lain, berlagak polis dunia

Utusan Sarawak 3 weeks ago

DONALD Trump yang genap setahun kembali memegang kuasa Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 20 Januari lalu, menimbulkan banyak masalah kepada dunia lain terutama isu ‘perang tarif’ sehingga menggegarkan dasar perdagangan negara dunia, termasuk Malaysia dengan AS.

Pendekatan dan dasar luar AS kelihatan amat agresif dan unilateral sehingga berupaya menggugat kestabilan global.

Sebagai contoh, tindakan terbaharu AS terhadap Venezuela, menyerang negara itu dan menahan Presiden Nicolas Maduro.

Isu sebenar Donald Trump dan Venezuela bukanlah satu perkara tunggal, tetapi gabungan politik, minyak, ideologi dan geopolitik.

Ringkasnya, Trump mahu menjatuhkan kerajaan Nicolas Maduro dan mengembalikan pengaruh AS ke atas Venezuela, khususnya dalam sektor minyak.

Minyak Venezuela – tarikan utama.

Venezuela mempunyai rizab minyak terbesar dunia. Di bawah Maduro, industri minyak dikuasai syarikat negara PDVSA dan sekutu seperti China, Rusia dan Iran.

DONALD Trump berhasrat untuk memanfaatkan rizab minyak Venezuela selepas menahan Nicolas Maduro (kiri) dengan berkata Amerika Syarikat akan “mentadbir” negara itu sehingga peralihan politik dianggap “selamat”. – Foto AFP

PDVSA adalah singkatan untuk Petróleos de Venezuela, S.A. iaitu syarikat minyak dan gas negara Venezuela yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Venezuela.

PDVSA dikawal oleh kerajaan negara itu sejak ia ditubuhkan pada 1976.

Trump mahu membuka semula sektor minyak kepada syarikat AS dan mengurangkan pengaruh China dan Rusia di Amerika Latin.

Begitu juga tindakan Donald Trump terhadap Greenland, yang kaya dengan nadir bumi, uranium selain berpotensi untuk minyak dan gas.

Greenland ialah wilayah autonomi Denmark, tetapi terletak di laluan strategik antara AS-Eropah-Rusia.

Ia berhampiran Kutub Utara (Artic) yang semakin penting akibat perubahan iklim. Di situ pangkalan tentera AS (Thule Air Base) sejak era Perang Dingin.

Dari sudut ketenteraan, Greenland ibarat ‘menara pengawal’ Arctic.

Perebutan pengaruh kuasa besar di Kutub Utara (Arctic), termasuk isu kontroversi hasrat Donald Trump terhadap Greenland, mungkin kelihatan jauh dari Asia Tenggara.

PENDUDUK memegang sepanduk bertulis ‘Greenland bukan untuk dijual’ ketika mengambil bahagian dalam demonstrasi untuk membantah rancangan Trump di Nuuk baru-baru ini – Foto AFP

Namun perkembangan di rantau itu berpotensi memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada Malaysia, khususnya dari segi perdagangan, keselamatan dan geopolitik global.

Laluan perdagangan baharu dan ekonomi Malaysia

Pencairan ais Arctic membuka laluan laut baharu yang lebih singkat antara Asia dan Eropah.

Jika laluan ini digunakan secara meluas, ia boleh mengubah landskap perdagangan global yang selama ini bergantung kepada Terusan Suez dan Selat Melaka.

Bagi Malaysia, Selat Melaka merupakan nadi strategik perdagangan dunia dan sumber kepentingan ekonomi serta keselamatan.

Sebarang peralihan laluan perdagangan global berpotensi:

       •      Mengurangkan kepentingan strategik Selat Melaka

       •      Mengubah pola pergerakan kapal dagang

       •      Memberi kesan jangka panjang kepada sektor pelabuhan dan logistik negara

AS di bawah pentadbiran Trump juga kerap menonjolkan diri sebagai ‘polis dunia’.

AS melanggar kedaulatan Venezuela begitu sahaja, menggambarkan Washington tidak hirau untuk mengambil tindakan unilateral tanpa merujuk kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tindakan ini bukan sahaja menimbulkan ketegangan di Amerika Selatan, tetapi memberi amaran kepada negara lain bahawa tiada satu negara benar-benar kebal daripada campur tangan kuasa besar.

Malah, ketika konflik di Asia Barat belum menampakkan tanda akan berakhir terutama di Palestin, andai tercetus lagi satu tindakan awal atau operasi ketenteraan AS terhadap Iran, ia pasti menimbulkan krisis geopolitik baharu yang lebih besar.

Ketegangan di Asia Barat bukan setakat soal politik, sebaliknya berupaya membawa implikasi langsung terhadap kestabilan ekonomi global, harga minyak dan rantaian bekalan makanan.

Konflik lain seperti perang Russia-Ukraine masih berterusan, namun ketegangan di Asia Barat dan kemungkinan operasi baharu terhadap Iran dijangkakan meneruskan gangguan pada kestabilan global.

  • Penulis adalah Penasihat Editorial Eksekutif Utusan Sarawak
Tags: Kadir Dikoh

Continue Reading

Previous: Api politik di Sibu: Politik komuniti, kuasa dan ujian kesepaduan GPS
Next: Sejarah awal minyak, OMO di Sarawak menurut Arkib Nasional di London

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.