Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kanak-kanak OKU autisme dilapor hilang di Kampung Tembawang Sauh, Bau
  • Selatan
  • WILAYAH

Kanak-kanak OKU autisme dilapor hilang di Kampung Tembawang Sauh, Bau

Utusan Sarawak 3 weeks ago
OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak OKU autisme berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang di Kampung Tembawang Sauh, Bau, giat dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dengan kerjasama PDRM dan APM sebelum operasi ditangguhkan pada 8.11 malam dan akan disambung semula esok pagi. Foto JBPM

BAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dilaporkan hilang di Kampung Tembawang Sauh di sini, hari ini.

Mangsa, Kelvin Martin Beger, yang merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) kategori autisme, disedari hilang oleh keluarganya sekitar 1.30 tengah hari ketika berada di rumah.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.15 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau digerakkan ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba tiba di lokasi pada 7.57 malam selepas menempuh jarak sekitar 16 kilometer.

Komander Operasi, PBK II Murad Tuah berkata, keluarga mangsa telah berusaha mencari kanak-kanak tersebut di sekitar kawasan rumah namun gagal menemukannya.

“Hasil maklumat yang diperoleh di lokasi, seluar dan selipar dipercayai milik mangsa telah ditemui berhampiran sebuah kawasan air terjun, sekitar dua kilometer dari rumah mangsa.

“Akses ke lokasi terakhir dan kawasan penemuan barangan mangsa hanya boleh dilalui menggunakan kenderaan pacuan empat roda,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi pencarian melibatkan enam anggota JBPM dengan bantuan sebuah jentera LFRT dan sebuah EMRS, selain kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Bagaimanapun, operasi pencarian terpaksa ditangguhkan pada jam 8.11 malam selepas perbincangan bersama agensi terlibat dan keluarga mangsa atas faktor keselamatan serta keadaan gelap.

“Operasi pencarian akan disambung semula pada awal pagi esok,” katanya.

Sehingga operasi ditangguhkan, mangsa masih belum ditemui.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Keberanian Polis Sarawak dalam operasi tular dipuji Timbalan Pesuruhjaya Polis
Next: APM kongsi ilmu pengurusan bencana dalam seminar pemerkasaan KMKK Daerah Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.