Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Muhammad Irfan pimpin ikrar SUKSAR IV 2026
  • SUKAN

Muhammad Irfan pimpin ikrar SUKSAR IV 2026

Utusan Sarawak 17 hours ago
ATLET tinju dari Zon Barat, Muhammad Irfan Mohamad Ishak dipilih untuk memimpin bacaan ikrar buat seluruh barisan atlet pada Majlis Perasmian SUKSAR IV 2026 di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, hari ini. Foto: Adi Safarman

BETONG: Atlet tinju dari Zon Barat, Muhammad Irfan Mohamad Ishak, 17, menyifatkan peluang memimpin bacaan ikrar atlet pada Majlis Perasmian Sukan Sarawak (SUKSAR) IV 2026 sebagai satu penghormatan besar dan pengalaman yang amat bermakna dalam perjalanan karier sukannya.

Beliau berkata, pemilihan itu bukan sahaja menjadi pengiktirafan terhadap usaha dan disiplin yang ditunjukkan selama ini, malah meningkatkan lagi semangatnya untuk beraksi cemerlang dalam temasya sukan peringkat negeri tersebut.

Majlis Perasmian SUKSAR IV 2026 yang berlangsung di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, hari ini, telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu.

Majlis itu turut disaksikan oleh barisan kepimpinan sukan negeri, pegawai teknikal, jurulatih serta 1,093 atlet dari seluruh bahagian di Sarawak yang akan berentap sepanjang temasya berlangsung.

Muhammad Irfan yang kini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman dikenali sebagai antara atlet tinju muda berbakat besar, dengan prestasi konsisten di peringkat negeri dan kebangsaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau mula mencuri tumpuan apabila meraih pingat perak dalam kejohanan Sarawak Open 2023, sebelum mengulangi pencapaian sama pada edisi Sarawak Open 2024, sekali gus membuktikan kemampuannya bersaing dengan petinju terbaik.

Prestasi cemerlangnya diteruskan apabila meraih pingat emas pada Kejohanan Tinju Junior dan Bakat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Kompleks Sukan Negeri Sembilan, satu pencapaian penting dalam rekod sukan beliau.

Selain itu, beliau turut meraih pingat perak dalam Kejohanan Tinju Bakat Sibu Peringkat Kebangsaan 2025, sebelum mencatat kejayaan lebih membanggakan dengan memenangi pingat emas serta dinobatkan sebagai Petinju Terbaik Junior pada Sarawak Open 2025.

Muhammad Irfan juga berjaya mengumpul beberapa lagi pencapaian membanggakan termasuk pingat perak dalam Twins Championship II 2025, pingat emas pada kejohanan MFC X Sarawak 2025 serta pingat emas dalam perlawanan persahabatan Mid Autumn 2024.

Menurut beliau, semua pencapaian tersebut menjadi pembakar semangat untuk terus meningkatkan prestasi dan kekuatan mental menjelang SUKSAR IV 2026 yang disifatkannya sebagai medan penting untuk menilai tahap kesiapsiagaan diri.

Beliau turut meletakkan sasaran untuk menggondol pingat emas dalam temasya kali ini sebagai hadiah kepada pasukan, jurulatih serta keluarga yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi.

Dalam masa yang sama, Muhammad Irfan menjadikan SUKSAR IV 2026 sebagai platform terbaik untuk merealisasikan impiannya menempatkan diri dalam senarai petinju Sarawak ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 yang dijadualkan berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos depan.

SUKSAR bagi edisi tahun ini melibatkan 1,093 atlet dan pegawai dari empat zon bertanding iaitu Zon Utara (Limbang, Miri, Bintulu), Zon Tengah (Sibu, Mukah, Kapit), Zon Barat (Sarikei, Betong, Sri Aman) dan Zon Selatan (Serian, Samarahan, Kuching).

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: SUKMA 2026: Sarawak tekad pertahankan gelaran juara keseluruhan di Selangor
Next: Zon Utara B sasar pingat emas acara bola jaring SUKSAR IV 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.