Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perkhidmatan kutipan sampah diawalkan sempena Tahun Baharu Cina
  • TEMPATAN

Perkhidmatan kutipan sampah diawalkan sempena Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 9 hours ago
TRIENEKENS (Sarawak) Sdn Bhd akan melaksanakan perkhidmatan kutipan sisa pepejal lebih awal sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC).

KUCHING: Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd akan melaksanakan perkhidmatan kutipan sisa pepejal lebih awal di beberapa kawasan terpilih di bandar raya Kuching bagi jadual kutipan pada Selasa, sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) yang akan datang.

Menurut kenyataan media syarikat itu hari ini, kutipan sisa di kawasan terlibat akan diawalkan sehari lebih awal, iaitu pada Isnin, 16 Februari (malam Tahun Baharu Cina) bermula 12.00 tengah malam.

Sehubungan itu, tiada perkhidmatan kutipan akan dijalankan di kawasan berkenaan pada hari pertama Tahun Baharu Cina.

“Perkhidmatan kutipan di kawasan terlibat akan disambung semula mengikut jadual biasa selepas itu, manakala jadual kutipan di kawasan lain di bandar raya ini tidak terjejas,” menurut kenyataan berkenaan.

Trienekens turut menasihatkan penduduk supaya meletakkan tong sampah beroda di luar rumah pada malam sebelum kutipan bagi mengelakkan kutipan terlepas.

Penduduk juga digalakkan menjaga kebersihan persekitaran serta mengelakkan pembuangan sampah secara tidak terkawal.

Sebarang lebihan sisa hendaklah dibungkus dengan kemas dan diletakkan di sisi tong sampah pada hari kutipan bagi memastikan pelupusan dapat dilakukan dengan selamat dan teratur oleh pasukan kutipan.

Kawasan yang terlibat dengan kutipan awal ini merangkumi kawasan di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP), melibatkan beberapa jalan utama, taman perumahan, pangsapuri serta kawasan kediaman sekitar bandar raya Kuching dan Padawan.

Senarai penuh kawasan yang terlibat dengan perkhidmatan kutipan awal boleh didapati melalui laman sesawang rasmi Trienekens di www.trienekens.com.my.

Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi Talian Hotline Trienekens 082-612300 pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang) atau menghantar e-mel ke customercare@trienekens.com.my.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: AirAsia tambah penerbangan sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.