Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba selamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kereta di Tudan
  • Utara
  • WILAYAH

Bomba selamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kereta di Tudan

Utusan Sarawak 9 hours ago
SELAMAT… Kanak-kanak perempuan selamat dikeluarkan setelah terperangkap di dalam sebuah kereta dalam satu kejadian di Shell Tudan, petang tadi.

MIRI: Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) BBP Lutong berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 1 tahun 5 bulan yang terperangkap di dalam sebuah kereta dalam satu kejadian di Shell Tudan, petang tadi.

Menurut laporan, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.08 petang berhubung insiden sebuah kereta jenis Toyota Vios terkunci dengan kanak-kanak berada di dalam kenderaan tersebut.

Sebuah jentera FRT Scania bersama tujuh anggota segera dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak sekitar empat kilometer dari balai.

Katanya, setibanya pasukan bomba di lokasi pada 3.14 petang, Komander Operasi mengesahkan terdapat seorang kanak-kanak perempuan terperangkap di dalam kenderaan berkenaan.

Setelah melakukan penilaian awal, anggota bomba bertindak membuka pintu bahagian pemandu menggunakan peralatan khas sehingga berjaya.

Operasi berjaya dikawal dan ditamatkan sepenuhnya pada 3.20 petang tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

Operasi ini diketuai oleh PBK I Mohamad Faizul Ali dan melibatkan kekuatan satu jentera serta tujuh anggota dari Pasukan Charlie BBP Lutong.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap sokong pembangunan pendidikan di SK Mejar Jeneral Dato Ibrahim, Kem Semenggo
Next: Tiga kanak-kanak disahkan meninggal dunia dipercayai terjatuh ke dalam kolam kumbahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.