Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • AirAsia tambah penerbangan sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri
  • TEMPATAN

AirAsia tambah penerbangan sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri

Utusan Sarawak 9 hours ago
MENTERI Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin (tengah) menyampaikan bungkusan perayaan Tahun Baharu Cina Kementerian Pengangkutan Sarawak kepada Pengarah Hal Ehwal Sarawak AirAsia, Hamdan Mohamad. Turut hadir, Dayang Nurhayati Abang Ahmad, Ketua Bahagian Penerbangan, Kementerian Pengangkutan Sarawak (kiri).

KUCHING: AirAsia akan menambah penerbangan tambahan antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak bagi menampung peningkatan permintaan perjalanan sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri akan datang.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin, berkata bagi tempoh Tahun Baharu Cina, AirAsia akan mengendalikan sebanyak 23 penerbangan tambahan bermula 13 hingga 24 Februari, manakala sebanyak 25 penerbangan tambahan disediakan dari 18 hingga 26 Mac bersempena sambutan Aidilfitri.

Menurut beliau, musim perayaan merupakan detik penting untuk rakyat Sarawak pulang ke kampung halaman, khususnya mereka yang bekerja atau melanjutkan pengajian di luar negeri.

“Penambahan penerbangan ini akan membantu memastikan rakyat Sarawak mempunyai akses penerbangan yang lebih baik untuk pulang meraikan perayaan bersama keluarga tersayang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan susulan kunjungan hormat oleh Pengarah Hal Ehwal Sarawak AirAsia, Hamdan Mohamad, ke pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur di sini, semalam, bagi memaklumkan persiapan operasi dan pengaturan penerbangan AirAsia sepanjang musim perayaan.

Dalam pada itu, beliau berkata AirAsia turut menawarkan tambang promosi sehala bermula serendah RM328 bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu, sekali gus membantu mengurangkan beban kewangan penumpang sempena musim perayaan.

Tambahnya, Kementerian Pengangkutan akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) serta pengendali syarikat penerbangan bagi memastikan kapasiti penerbangan dan ketersediaan tempat duduk ke Sarawak mencukupi sepanjang tempoh puncak perayaan, di samping mengekalkan kadar tambang yang munasabah.

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan Sarawak kekal komited menyokong pelajar Sarawak menerusi inisiatif i-GPS Sarawak 2026 (Inisiatif Graduan Pulang Sarawak), iaitu program subsidi tiket penerbangan yang diperkenalkan bagi membantu pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mengurangkan kos perjalanan pulang ke Sarawak semasa musim perayaan atau cuti akademik panjang.

Dato Sri Lee turut merakamkan penghargaan kepada AirAsia atas sokongan serta respons pantas dalam meningkatkan kapasiti penerbangan ke Sarawak, sambil menegaskan kerjasama erat antara kerajaan dan pengendali penerbangan amat penting dalam memenuhi keperluan perjalanan rakyat.

Katanya, kementerian akan terus berhubung dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan perkhidmatan pengangkutan udara ke Sarawak berjalan lancar, mencukupi dan berpatutan, khususnya sempena musim perayaan utama.

Continue Reading

Previous: Sarawak Energy terima pengiktirafan kelestarian peringkat antarabangsa
Next: Perkhidmatan kutipan sampah diawalkan sempena Tahun Baharu Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.