Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kemalangan bas ragut 16 nyawa di timur laut Brazil
  • GLOBAL

Kemalangan bas ragut 16 nyawa di timur laut Brazil

Utusan Sarawak 5 hours ago
FOTO edaran yang disediakan oleh kerajaan negeri Alagoas ini menunjukkan anggota penyelamat menjalankan operasi di lokasi kemalangan bas maut di lebuh raya negeri AL-220, di bandar Sao Jose da Tapera, negeri Alagoas, Brazil, pada 3 Februari 2026. Foto AFP

SAO PAULO, Brazil: Seorang lagi kanak-kanak maut, sebuah bas yang dalam perjalanan pulang dari sebuah festival keagamaan di timur laut Brazil terbabas di selekoh jalan sebelum terbalik semalam mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang, termasuk empat kanak-kanak, menurut pihak berkuasa.

Bas berkenaan membawa kira-kira 60 penumpang ketika ia terbalik di kawasan pedalaman luar bandar negeri Alagoas, menyebabkan sebahagian penumpang tercampak keluar manakala yang lain terperangkap di bawah kenderaan tersebut.

Kerajaan wilayah Alagoas dalam satu kenyataan memaklumkan tujuh wanita, lima lelaki dan empat kanak-kanak terbunuh dalam kemalangan yang masih disiasat dan disifatkan sebagai “sangat kompleks”.

Media tempatan melaporkan bas itu sedang dalam perjalanan pulang daripada sambutan Our Lady of Candelaria, sebuah perayaan keagamaan di negeri Ceara yang menarik ribuan penganut setiap 2 Februari.

KEMALANGAN bas di timur laut Brazil pada 3 Februari mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang, termasuk tiga kanak-kanak, menurut kenyataan pihak berkuasa negeri. Bas berkenaan membawa kira-kira 60 orang yang menyertai satu ziarah apabila ia terbalik di kawasan pedalaman luar bandar negeri Alagoas. Foto AFP

“Bas itu terbabas di satu selekoh, terbalik dan beberapa penumpang tercampak keluar,” kata Kolonel Andre Madeiro, pengarah Jabatan Penerbangan Alagoas yang terlibat dalam operasi menyelamat.

“Sebahagian mangsa terperangkap di bawah kenderaan. Ia merupakan kemalangan yang sangat teruk, malah luar biasa,” katanya dalam satu sidang media.

Mangsa yang terselamat, termasuk seorang kanak-kanak yang cedera parah, dibawa ke hospital tempatan dan kini masih menerima rawatan perubatan.

Gabenor Alagoas, Paulo Dantas, mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari.

“Saya menyatakan solidariti kepada keluarga serta rakan-rakan mangsa dalam saat penuh kesakitan ini,” tulis Dantas di X.

Kemalangan jalan raya maut kerap berlaku di Brazil. Pada Oktober tahun lalu, 17 maut di timur laut negara itu, di negeri Pernambuco, apabila seorang pemandu hilang kawalan ke atas sebuah bas. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Korea selatan sahkan kes ke-6 demam babi Afrika ketika virus tersebar ke seluruh negara
Next: Anak Muammar Gaddafi, Saif al-Islam maut dibunuh di bandar Zintan, Libya – Peguam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.