Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu – Azam
  • NASIONAL

SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu – Azam

Utusan Sarawak 5 hours ago
KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ketika bercakap pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara Jabatan Wilayah Persekutuan dan SPRM di Menara Seri Wilayah hari ini. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan membuka semula siasatan terhadap mana-mana kes jika terdapat petunjuk baharu, walaupun kes tersebut sebelum ini diklasifikasikan sebagai tiada kes.

Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki berkata perkara itu boleh dilakukan kerana siasatan terhadap kes jenayah tidak ada had masa.

“Kes ini mungkin pada suatu ketika dahulu dikatakan tidak ada kes tetapi sekiranya ada bukti, petunjuk ataupun lead baharu, SPRM akan menjalankan siasatan.

“Banyak kes yang terdahulu, sama ada suka atau tidak suka, kita telah meneruskan siasatan,” katanya pada sidang media selepas majlis menadatangani Nota Kerjasama antara Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan SPRM di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya jika SPRM akan membuka semula siasatan terhadap kes lama yang mendapat banyak aduan di bawah seliaan JWP.

Mengulas lanjut, Azam turut menegaskan SPRM tidak akan menjalankan pemantauan secara menyeluruh ke atas semua jabatan tanpa asas siasatan atau maklumat yang kukuh.

“Kita tidak pergi pusing semua jabatan untuk tengok tentang sistem dan kelemahan yang ada di sana. Itu bukan kerja kami,” katanya.

Sebaliknya, beliau menyarankan ketua-ketua jabatan supaya lebih proaktif menilai kelemahan dalam sistem masing-masing dan melaporkannya kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

Azam berkata SPRM hanya akan mengambil tindakan berdasarkan maklumat atau siasatan yang dijalankan, termasuk melalui kerjasama seperti Nota Kerjasama dengan JWP bagi memperbaiki tadbir urus, prosedur serta menutup ruang kelemahan yang boleh membuka peluang kepada rasuah. – Bernama

Continue Reading

Previous: LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Next: Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR – Nanta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.