Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Miri perkukuh imej destinasi pelancongan perayaan, Chiew sokong dua karnival Tahun Baharu Cina
  • TEMPATAN

Miri perkukuh imej destinasi pelancongan perayaan, Chiew sokong dua karnival Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 6 hours ago
AHLI Parlimen Miri merangkap Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man.

MIRI: Miri terus diperkasa sebagai destinasi pelancongan budaya dan perayaan apabila Ahli Parlimen Miri merangkap Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man menyatakan sokongan penuh terhadap dua karnival utama sempena Tahun Baharu Cina (TBC) 2026 yang bakal diadakan di bandar ini.

Menurut beliau, program komuniti berteraskan perayaan memainkan peranan penting dalam memperkukuh identiti budaya, merancakkan sektor pelancongan serta menjana pertumbuhan ekonomi tempatan, khususnya kepada peniaga kecil, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pemain industri kreatif.

Antara program utama ialah ‘Back to the 80’s – Old Street Chinese New Year Market’ yang akan berlangsung dari 13 hingga 16 Februari ini, 4.00 petang hingga 11.00 malam, di Pasar Krokop 5.

Acara bertemakan nostalgia itu akan menghidupkan kembali suasana pasar jalanan Tahun Baharu Cina era 1980-an dengan penampilan kaligrafi tulisan tangan, makanan tradisional perayaan, gerai makanan warisan serta elemen budaya interaktif.

“Program berkonsepkan budaya seperti ini penting untuk memelihara warisan budaya tidak ketara, mengukuhkan pemindahan budaya antara generasi serta menawarkan pengalaman pelancongan yang autentik kepada pengunjung,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Satu lagi acara besar ialah Karnival Tahun Kuda 2026 yang dijadual berlangsung dari 5 hingga 14 Februari 2026, 5.00 petang hingga 11.00 malam, di Tapak Letak Kereta Terbuka Pusat Beli-Belah Boulevard, Miri.

Karnival tersebut bakal menampilkan lebih 40 hingga 50 gerai yang menjual pelbagai juadah Tahun Baharu Cina, barangan perayaan, kraf tangan dan cenderamata, sekali gus menyediakan platform perniagaan kepada usahawan tempatan.

Kawasan karnival akan dihiasi paparan tanglung, instalasi budaya dan pencahayaan bertema bagi mewujudkan suasana perayaan yang meriah dan imersif.

Sepanjang tempoh 10 hari, persembahan kebudayaan Cina dengan tema berbeza akan dipentaskan setiap malam sebagai tarikan utama.

Chiew turut menyumbang sokongan kewangan bagi persembahan kebudayaan tersebut bagi memastikan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini lebih meriah serta memberi pengalaman bermakna kepada pengunjung.

Beliau menegaskan kerajaan akan terus menyokong acara budaya yang digerakkan komuniti, khususnya yang menggabungkan pemeliharaan warisan dengan inovasi pelancongan melalui kerjasama sektor awam dan swasta.

“Inisiatif seperti ini selari dengan strategi pemulihan pelancongan negara serta agenda pertumbuhan pelancongan Sarawak,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penganjur kedua-dua program atas usaha mempromosikan warisan budaya, menggalakkan penyertaan komuniti serta mewujudkan platform pelancongan perayaan yang memberi manfaat kepada perniagaan tempatan dan masyarakat.

Chiew menegaskan pejabatnya akan terus bekerjasama rapat dengan penganjur, pihak berkepentingan dan agensi kerajaan bagi memastikan Miri kekal sebagai destinasi pelancongan yang dinamik, menarik dan kaya budaya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MBKS rancang senarai hitam nombor telefon ‘along’, perang terhadap iklan haram diperkasa
Next: Sarawak sasar jadi pencipta dan pengeksport inovasi digital, bukan sekadar pengguna teknologi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.