Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ujian saringan dadah perkukuh integriti anggota BBP Bintangor
  • Tengah
  • WILAYAH

Ujian saringan dadah perkukuh integriti anggota BBP Bintangor

Utusan Sarawak 6 hours ago
PROGRAM OSC MIDS diadakan di BBP Bintangor, pagi tadi. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Kesemua 25 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor disahkan bebas dadah selepas menjalani ujian saringan air kencing menerusi Program Jawatankuasa Sehenti (OSC) menangani isu dadah dan substans (MIDS) yang dilaksanakan hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata program tersebut diadakan bermula pada 9.00 pagi tadi sebagai langkah pencegahan dan pemantauan dalaman bagi memastikan tahap disiplin, integriti dan profesionalisme anggota bomba sentiasa berada pada tahap tertinggi.

“Program ini merupakan inisiatif berterusan jabatan dalam menyokong agenda perkhidmatan awam bebas dadah dan berintegriti.

“Ia dilaksanakan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bahagian Sarikei bagi memastikan proses saringan dijalankan secara telus, sistematik dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi.

KETUA BBP Bintangor, Mahmudin Narudin (enam kiri) bergambar bersama pegawai AADK Bahagian Sarikei dan anggota bomba. Foto BBP Bintangor

Tambahnya, seramai enam pegawai penguatkuasaan AADK Bahagian Sarikei telah ditugaskan untuk mengendalikan dan memantau sepenuhnya pelaksanaan ujian saringan air kencing tersebut.

“Keputusan negatif yang diperoleh oleh kesemua 25 anggota bomba membuktikan tahap kesedaran, disiplin serta komitmen tinggi anggota BBP Bintangor dalam mematuhi etika kerja dan tanggungjawab sebagai penjawat awam.

“Sebagai pasukan barisan hadapan yang sering berdepan situasi kecemasan dan berisiko tinggi, anggota bomba perlu berada dalam keadaan fizikal dan mental yang baik serta bebas daripada sebarang pengaruh negatif,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Pihak Tabung Darah Hospital Miri gesa orang ramai sertai Kempen Derma Darah
Next: 10 projek mega jadi tumpuan, Meradong menuju pembangunan mampan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.