Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pihak Tabung Darah Hospital Miri gesa orang ramai sertai Kempen Derma Darah
  • Utara
  • WILAYAH

Pihak Tabung Darah Hospital Miri gesa orang ramai sertai Kempen Derma Darah

Utusan Sarawak 6 hours ago
JOM DERMA DARAH…Tabung Darah Hospital Miri ajak orang ramai menderma darah menerusi Kempen Derma Darah yang dianjurkan minggu ini di tiga lokasi terpilih bagi membantu menampung keperluan bekalan darah semasa.

MIRI: Orang ramai di sini, Marudi dan kawasan sekitarnya dipelawa tampil menderma darah menerusi Kempen Derma Darah yang dianjurkan minggu ini di tiga lokasi terpilih bagi membantu menampung keperluan bekalan darah semasa.

Tabung Darah Hospital Miri menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bahawa setiap sumbangan darah amat penting dalam menyelamatkan nyawa pesakit, khususnya melibatkan kes kecemasan, pembedahan serta pesakit yang memerlukan rawatan berterusan.

“Setiap titisan darah anda amat bermakna. Dengan hanya beberapa minit, anda boleh menjadi adiwira kepada seseorang yang memerlukan,” menurut perkongsian tersebut.

Kempen pertama akan diadakan 4 Februari (Rabu) di Aras Bawah Ruang Aktiviti Pelajar, Riam Technology dari 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Seterusnya, program diteruskan 7 Februari (Sabtu) di Level 1, Bilik Am Majlis Daerah Marudi bermula 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

Lokasi terakhir ialah pada 8 Februari (Ahad) di Level 3, Boulevard Mall, juga dari 9.00 pagi hingga 1.00 petang, bagi memudahkan orang ramai termasuk pengunjung pusat beli-belah untuk turut serta.

Menurut Tabung Darah Hospital Miri, orang ramai digalakkan hadir bersama keluarga, rakan-rakan dan jiran bagi sama-sama menyokong usaha murni tersebut selain membantu memastikan stok bekalan darah sentiasa mencukupi.

Kempen ini terbuka kepada individu yang sihat serta memenuhi syarat kelayakan untuk menderma darah.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: RM200 juta bina jalan Bulantak–Limpaku Pinang, Bukit Kota terus membangun
Next: Ujian saringan dadah perkukuh integriti anggota BBP Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.