Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PBB Bukit Kota sedia hadapi PRN Ke-13 Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

PBB Bukit Kota sedia hadapi PRN Ke-13 Sarawak

Utusan Sarawak 8 hours ago
KAMI SEDIA…Dr Abdul Rahman bersama sebahagian jentera Pemuda, Belia dan Wanita PBB Bukit Kota.

LIMBANG: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Kota menyatakan kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-13 Sarawak yang dijangka diadakan tahun ini.

Pengerusi PBB Cawangan Bukit Kota yang juga Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, persiapan dilakukan berasaskan pengalaman parti menghadapi pilihan raya sebelum ini serta memperkemas jentera sedia ada.

Menurut beliau, PBB di bawah gabungan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa turun ke lapangan dan berkhidmat untuk rakyat, bukan hanya menjelang musim pilihan raya.

“PBB Bukit Kota sudah bersedia bila-bila masa. Kita telah berpengalaman menghadapi pilihan raya sejak 2006 apabila kerusi baru diwujudkan di Limbang, iaitu DUN Bukit Kota dan DUN Batu Danau. Kami diberikan kerusi DUN N68 Bukit Kota pada waktu itu,” katanya pada Majlis Makan Malam Sempena Sukan PBB Bukit Kota di Dewan Kampung Bunga Raya malam tadi.

GEMPUR…Dr Abdul Rahman bersama barisan Pemuda, Belia dan Wanita PBB sedia berdepan PRN bila-bila masa

ADUN Bukit Kota itu berkata, PBB telah menerajui kerusi DUN Bukit Kota dan DUN Batu Danau sejak dahulu, selain berjaya membawa pembangunan menyeluruh kepada rakyat.

Beliau menambah, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan tamat pada Februari tahun depan selepas PRN Ke-12 yang diadakan pada Disember 2021.

“Dengan prestasi serta rekod perkhidmatan yang dipamerkan oleh GPS, rakyat mampu menilai sendiri keupayaan gabungan itu dalam mentadbir negeri, termasuk di Limbang,” katanya.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Institut Koperasi Malaysia anjur JOM@COOP di Sibu, promosi Latihan Koperasi 2026
Next: Projek Mesra Rakyat perkukuh infrastruktur akar umbi di Parlimen Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.