Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 252 atlet wakili zon tengah, sasar 19 emas pada SUKSAR IV
  • SUKAN

252 atlet wakili zon tengah, sasar 19 emas pada SUKSAR IV

Utusan Sarawak 4 hours ago
 RESIDEN Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman menyerahkan bendera Kontinjen Zon Tengah kepada Ketua Kontinjen sempena Majlis Penyerahan Bendera dan Jersi SUKSAR IV di Sibu.

SIBU: Kontinjen Zon Tengah menyasarkan 19 pingat emas pada Sukan Sarawak (SUKSAR) edisi keempat yang akan berlangsung di Sri Aman, Betong dan Lubok Antu dari 5 hingga 8 Februari ini.

Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman berkata, sasaran tersebut melibatkan keseluruhan 11 jenis sukan yang disertai oleh kontinjen berkenaan.

“Sasaran Kontinjen Zon Tengah pada SUKSAR IV kali ini ialah 19 pingat emas, 20 pingat perak dan 30 pingat gangsa. Sasaran ini diharap dapat dicapai melalui komitmen, disiplin serta semangat juang tinggi seluruh warga kontinjen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bendera dan Jersi Kontinjen Zon Tengah di Stadium Tertutup Sibu, hari ini (2 Februari).

Menurut beliau, majlis tersebut bukan sekadar penyerahan simbolik, sebaliknya membawa amanah dan maruah yang perlu digalas oleh setiap atlet dan pegawai kontinjen.

“Penyerahan bendera dan jersi ini melambangkan tanggungjawab besar yang perlu dipikul oleh seluruh warga Kontinjen Zon Tengah sepanjang temasya SUKSAR ini,” ujarnya.

Pada edisi kali ini, Kontinjen Zon Tengah yang melibatkan Bahagian Sibu, Mukah dan Kapit menghantar seramai 252 peserta, terdiri daripada 45 pegawai dan urusetia serta 205 atlet, pengurus pasukan dan jurulatih.

Kontinjen itu akan bertanding dalam kesemua 11 jenis sukan yang dipertandingkan termasuk angkat berat, berbasikal, bola jaring, bola keranjang, karate, ping pong, petanque, sepak takraw, sofbol, taekwondo dan tinju.

Abang Mohamad Porkan berkata, pemilihan atlet telah dilaksanakan oleh persatuan sukan berkaitan dan latihan pusat telah bermula sejak 5 Januari lalu bagi memastikan tahap kesiapsiagaan atlet berada pada tahap optimum.

“Kontinjen Zon Tengah dijadualkan bertolak ke lokasi SUKSAR IV pada 3 Februari dan kembali pada 9 Februari ini,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Sesko selamatkan United, Carrick kekal sempurna dalam aksi dramatik lawan Fulham

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.