Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tapak Pesta Kaul Oya ditutup sementara, siasatan terperinci gas metana akan dijalankan
  • SEMASA

Tapak Pesta Kaul Oya ditutup sementara, siasatan terperinci gas metana akan dijalankan

Utusan Sarawak 7 hours ago
KESELAMATAN orang awam terus menjadi keutamaan susulan penemuan gas metana di Tapak Pesta Kaul Oya, baru-baru ini. Foto UKAS

OYA: Keselamatan orang awam terus menjadi keutamaan susulan penemuan gas metana di Tapak Pesta Kaul Oya pada 21 Januari lalu, dengan pelbagai langkah pencegahan segera dilaksanakan oleh agensi berkaitan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, tindakan awal diambil melalui kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Pejabat Residen, Pejabat Daerah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Oya bagi mengelakkan sebarang risiko kepada orang awam.

“Tindakan awal diambil bagi mengelakkan sebarang risiko memandangkan kawasan berkenaan melibatkan aktiviti perniagaan serta kerja-kerja pembinaan benteng dan pembangunan tapak,” katanya ditemui semasa meninjau lokasi berkenaan, semalam.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati hanya satu daripada empat ‘borehole’ yang dijalankan dalam proses kajian tanah oleh kontraktor projek mengeluarkan gas, manakala tiga lagi tidak menunjukkan petunjuk sama.

MENTERI Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah meninjau lokasi penemuan gas metana di Tapak Pesta Kaul Oya, semalam. Foto UKAS

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat berkata, JBPM turut menjalankan pemantauan berterusan bagi mengenal pasti jenis gas yang dikeluarkan dan maklumat tersebut telah disalurkan kepada pihak berkaitan.

Dalam perkembangan sama, Jabatan Geosains akan menghantar pasukan geofizik bersama peralatan khas ke Mukah bermula Selasa depan bagi menjalankan siasatan terperinci selama beberapa hari.

Katanya, siasatan itu bertujuan mengenal pasti keadaan lapisan tanah sebelum sebarang keputusan dibuat sama ada pembangunan di kawasan tersebut boleh diteruskan atau sebaliknya.

Sementara menunggu keputusan rasmi, ujarnya lagi, kawasan terlibat ditutup kepada orang awam sebagai langkah keselamatan.

Beliau menegaskan, buat masa ini keutamaan adalah untuk memastikan keselamatan orang awam sentiasa terpelihara, meskipun situasi tersebut memberi kesan kepada aktiviti perniagaan dan pembangunan di kawasan berkenaan.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Dato Wee beri bayangan tanding PRN, tegaskan rekod khidmat lebih penting dari retorik politik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.