Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kanak-kanak perempuan hilang, dikhuatiri terjatuh di Sungai Daro
  • WILAYAH

Kanak-kanak perempuan hilang, dikhuatiri terjatuh di Sungai Daro

Utusan Sarawak 10 hours ago
KESAN TAPAK KAKI… Antara kesan yang dipercayai tapak kaki kanak-kanak yang ditemui berhampiran Sungai Daro, sempat dirakam sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan. Foto BBP Daro

DARO: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dikhuatiri terjatuh ke Sungai Daro selepas dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Panchor, di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.28 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro digerakkan ke lokasi.

Menurut Komander Operasi, maklumat awal mendapati mangsa dipercayai keluar sendiri melalui pintu belakang rumah tanpa disedari kedua-dua ibu bapanya.

OPERASI SAR… Pihak bomba dan APM menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di sekitar Sungai Daro. Foto BBP Daro

“Bapa mangsa kemudiannya menemui kesan tapak kaki kanak-kanak tersebut yang menuju ke arah sungai sekitar 1.00 petang sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak bomba,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) melibatkan pencarian di sekitar tebing sungai serta kawasan hutan di belakang rumah pelapor dalam radius kira-kira 500 meter.

Usaha pencarian turut dibantu penduduk kampung menggunakan perahu dengan menyusuri Sungai Daro ke hulu dan hilir.

Setakat ini, mangsa masih belum ditemukan dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerusi uzur di ruang menunggu Lapangan Terbang Miri diganti secara berperingkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.