Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MA63 asas pembentukan Malaysia, bukan retorik politik – Pemuda PRS
  • SEMASA

MA63 asas pembentukan Malaysia, bukan retorik politik – Pemuda PRS

Utusan Sarawak 7 hours ago
KETUA Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS), Christopher Gira Sambang.

SIBU: Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merupakan asas perlembagaan pembentukan negara dan bukan isu sampingan atau retorik politik, tegas Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS), Christopher Gira Sambang.

Menurutnya, perbincangan terbuka mengenai MA63 termasuk oleh menteri Kabinet dan Ahli Parlimen adalah selari dengan tanggungjawab untuk memastikan perjanjian itu difahami, dihormati serta dilaksanakan sepenuhnya.

Beliau berkata, MA63 telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan sebarang perbincangan mengenainya tidak seharusnya dianggap sebagai pelanggaran disiplin.

“Perbincangan terbuka mengenai MA63 adalah usaha memperkukuh kefahaman perlembagaan serta hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri pembentuk Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Gira berkata demikian sebagai mengulas pandangan Penganalisis Politik, Dr Abdul Aziz Bari yang mencadangkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meletakkan jawatan susulan kenyataannya dalam satu temu bual radio baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan Pemuda PRS tidak bersetuju dengan pandangan berkenaan dan menyifatkan kenyataan Alexander Nanta Linggi perlu dilihat dalam konteks semangat MA63 yang menekankan prinsip perkongsian, saling menghormati dan autonomi antara Persekutuan serta negeri.

“Luahan kebimbangan beliau menyentuh soal perpaduan nasional dan masa depan Persekutuan, bukannya penolakan terhadap Malaysia atau dasar Kabinet,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin.

Tambahnya, Pemuda PRS menolak tafsiran sempit yang menganggap MA63 sebagai topik sensitif yang tidak boleh dibincangkan secara jujur dan terbuka.

Beliau turut menegaskan suara Sarawak berkaitan MA63 tidak wajar disenyapkan, khususnya apabila isu yang dibangkitkan melibatkan hak, kedudukan dan masa depan negeri-negeri pembentuk Malaysia.

“MA63 bukan ancaman kepada perpaduan negara. Sebaliknya, pengabaian terhadap perjanjian ini yang boleh melemahkan Malaysia,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Hak minyak, gas Sarawak terus diperjuang, rakyat digesa padu sokong perjuangan GPS
Next: Gempa bumi bermagnitud 5.2 gegarkan Wilayah Blusher, Iran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.