Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RTP tingkat kualiti kemudahan pendidikan, rumah ibadat di Sarikei
  • WILAYAH

RTP tingkat kualiti kemudahan pendidikan, rumah ibadat di Sarikei

Utusan Sarawak 7 hours ago
KAPITAN Ling Dien Yong (kanan) menyaksikan penyerahan siap projek RTP di Masjid Nur Permai, baru-baru ini. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam menyediakan kemudahan asas yang berkualiti kepada rakyat tanpa mengira latar belakang agama dan kaum.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, berkata projek RTP yang dilaksanakan memberi penekanan kepada peningkatan keselesaan, keselamatan dan fungsi kemudahan awam agar dapat dimanfaatkan secara optimum oleh komuniti setempat.

“Bagi memastikan setiap projek RTP mencapai objektif yang ditetapkan, pemantauan di lapangan perlu dilakukan secara berkala bagi menilai kualiti kerja serta pematuhan kepada skop dan spesifikasi yang diluluskan.

“Projek RTP ini bukan sahaja bertujuan menambah baik kemudahan fizikal, tetapi memastikan peruntukan yang disalurkan benar-benar memberi manfaat langsung kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pasukan Pusat Khidmat Repok yang diketuai oleh Kapitan Ling Dien Yong telag mengadakan lawatan tapak ke beberapa projek RTP yang telah siap dilaksanakan dan menyaksikan penyerahan siap projek, baru-baru ini.

“Antara projek yang telah siap dan ditinjau adalah kerja menyambung bumbung terbuka, menaik taraf dapur dan laluan pejalan kaki di Masjid Nur Permai dan pembinaan dua unit tangga, lantai dan beam di tingkat atas bangunan BEM (SIB) Bandar Sarikei.

“Turut dilawati adalah kerja menembok tanah dan pembinaan pagar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Su Tak dan projek pembinaan awning (bumbung tambahan) di Gereja Methodist Nyelong Park, selain kerja menaik taraf laluan pejalan kaki berbumbung serta pemasangan gutter keluli tahan karat di tiga blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) St Anne,” katanya.

Tiong Sii menegaskan bahawa pelaksanaan RTP akan terus menjadi antara saluran utama kerajaan untuk menyelesaikan isu-isu infrastruktur, khususnya melibatkan sekolah, rumah ibadat dan kemudahan komuniti.

“Pendekatan ini penting bagi memastikan pembangunan dilaksanakan secara inklusif dan seimbang, selaras dengan keperluan sebenar rakyat di peringkat akar umbi,” katanya.

Lawatan tersebut turut disertai oleh Penolong Jurutera Majlis Daerah Sarikei (MDS), Joviana Joklin dan Konselar Anthony Suding.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek RTP perkasa pembangunan Marudi
Next: SUPP Miri-Sibuti terus tradisi agih limau mandarin sempena Tahun Baharu Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.